Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Well, it is the spice of life. You learn from your mistakes. Dan disebabkan setiap orang pasti akan melakukan kesilapan, sudah pasti akan ada orang yang terbuat salah kepada kita sama ada sengaja atau tidak, yang akan mengundang perasaan marah, kecewa mahupun sedih kepada diri kita. Agak mustahil sekiranya ada di kalangan kita tidak pernah menghadapi dan melalui situasi sebegini. Betul tak? Or am I wrong?
Dan apakah yang patut kita lakukan apabila berlakunya situasi sebegini? Apakah tindakan sewajarnya yang kita perlu lakukan lebih-lebih lagi apabila hati kita ni disakiti, dirobek, darah bernanah, hancur berkecai?
*****
Disebut dalam hadis di atas bahawasanya orang yang paling mulia pada pandangan Allah adalah orang yang memberi maaf kepada orang yang telah berbuat salah kepadanya, walaupun dia mampu untuk membalas dendam kepada orang tersebut.
Let your dear Bonda ask you, apa ke faedahnya yang akan korang dapat kalau korang:
1) berdendam?
2) berjaya membalas dendam?
3) memaafkan?
1. Faedah sekiranya berdendam
Takde faedahnya. Kalau you all berdendam, orang tu bukannya tahu pun yang korang sedang berdendam. Korang duk dendam dendam, yang sakitnya, hati kamu juga. Dah la orang tu terbuat salah, hati korang dah sakit, then berdendam pulak, bertambah-tambah sakit. Orang tu relax je tak tahu apa-apa. See? You lose, 0-1.
2. Faedah sekiranya berjaya membalas dendam
Pun takde faedahnya juga. Wal hal, lagi parah daripada situasi yang pertama tadi. Kenapa? Meh Bonda bagitahu. Sebabnya, apabila korang berjaya membalas dendam, secara tak langsung korang telah melukakan hati orang lain, dan hubungan antara korang berdua akan semakin renggang. Kedua-duanya hati terluka. Mungkin korang rasa fair sebab hati korang sakit and hati orang tu pun sakit, tapi padahalnya tiada istilah fair and square pun, fair and lovely pun tak ada juga. Bukankah Allah SWT telah memerintahkan supaya kita mencintai sesama Muslim, menjaga hubungan baik denganNya dan makhlukNya? Sabda Nabi SAW:
Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia
mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai
dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-
Bukhari, hadis no: 13)
Sorry to say but you lose, again. 0-1.
3. Faedah sekiranya memaafkan
Yang ini, faedahnya banyak. Apabila kita memaafkan kesalahan orang lain, hati kita akan menjadi tenang. Tiada hasutan syaitan yang akan mengganggu ketenteraman hati kita. Tak perlu lah kita sibuk-sibuk fikirkan cara untuk membalas dendam. Masa yang ada boleh kita gunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih berfaedah seperti muhasabah diri, mengubati hati yang terluka atau apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Yang Maha Esa. Orang yang melukakan atau menyakitkan hati kita, bahkan semua orang juga akan menghormati kita. Hubungan juga tidak terjejas. Dan yang paling penting sekali, di padang mahsyar nanti, sekiranya kita ditakdirkan masuk syurga, sedang kita melalui titian sirat, ada hamba Allah yang akan menahan kita semata-mata untuk memohon maaf. Tak pasal-pasal terdelay sekejap kan? Kalau kita awal-awal lagi dah maafkan orang tersebut, kan lebih mudah urusan kita kelak. See, you win!
Dan siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita juga tidak sempurna dan yang hanya layak menghukum adalah Allah SWT?
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Memang kelat dan pahit rasanya apabila diri disakiti ingin memberi kemaafan kepada orang yang menyakiti hati kita. Tapi percayalah, ganjaran bagi orang-orang yang sabar adalah besar. Ganjaran yang paling kecil yang jelas dan nyata adalah, hati kita akan cepat sembuh. Ketenangan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ubat mana yang tak kelat dan tak pahit? Dan kalau tak silap Bonda, orang yang sebenar-benarnya menang adalah orang yang bersabar.
Syair Arab mengatakan, “Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.”
Bonda bukanlah orang yang baik mana pun untuk memberi nasihat sebegini rupa, malah nasihat ini juga Bonda tujukan kepada diri sendiri supaya sentiasa menjauhkan diri dari sifat dengki dan dendam dan berusaha untuk memaafkan orang lain.
Semoga Allah sentiasa memelihara iman kita dan menghindari kita daripada berdendam dan sentiasa diperkaya dengan sifat pemaaf, rendah diri, dan sabar.
Back to our question-> Dan apakah yang patut kita lakukan apabila berlakunya situasi sebegini? Apakah tindakan sewajarnya yang kita perlu lakukan lebih-lebih lagi apabila hati kita ni disakiti, dirobek, darah bernanah, hancur berkecai?
To revenge or to forgive?
No comments:
Post a Comment