Ok, i used to call her orkid, sbb dulu pernah la bercita-cita nak bagi nama anak aku as Orkid, tp bila tengok-tengok, dalam banyak-banyak anak bonda, Fari ni lah yang serasa-rasanya macam comel kalau dipanggil Orkid, so melekat lah nama tu.
I know its already 1 week after your birthday, but i hope that it is not too late to wish you again in here. Happy Birthday Fariha aka Orkid, may Allah always be with you in sadness and happiness and bless you in everything you do ^^,
Dalam banyak-banyak prank yang pernah aku buat yang sememangnya dasyat lagi hebat, luar biasa, wow, prank birthday yang aku and the geng buat untuk Fari kali ni walaupun nampak macam sinple, tapi ni lah yang the most 'gilest' rasa-rasanya. We made a video for her. So lets check it out yo~
Well sepanjang proses nak menyiapkan masterpiece ni, macam-macam perkara yang berlaku. Firstly, betul-betul sebelum filming start. Aku suruh lah si Orkid ni call since dia dapat free call, ingatkan nak buat surprise la sbb time tu Ain which is one of our SAHABAT ada kat UM, at least in 1 call, Orkid boleh la bercakap dengan Ain dan juga Bonda. Tapi nanti takut she smell something fishy, so x jadi lah. So surprise tu digantikan dengan Azreen, salah seorang ahli SAHABAT juga. Pastu Orkid pula tanya aku ada kat mana, terpaksa lah cover line and menipu sunat cakap yang aku ada kat dalam bilik, padahal masa tu tengah ada kat kawasan pengambaran.
Malam tu pula, Orkid call lagi sebab dah janji nak bergossip dengan dia. Yes kitorang memang kaki gossip tapi kitorang bergossip perihal diri sendiri je, tak mengumpat pasal orang lain pun. Tapi time Orkid call, aku and the film crew tengah asyik meng'edit' video tu. So aku pun keluar bilik, bertapa di tangga and again terpaksa cover line as well as menipu sunat, cakap kat Orkid yang aku tengah study sebab ada paper hari Isnin. Waaah Orkid, Bonda really really really sorry.. Please forgive your dear Bonda.
Dah bergayut 2 jam lebih, puas cerita sensasi aku digerudi, digali, dikorek oleh Orkid, aku pun masuk bilik. Nampak lah film crew tengah duduk bersantai, pasang video-video lama, nampak muka masing-masing penat. "Ni mesti dah siap" kata hatiku. Then aku pun duduk lah sebelah Ain, tapi dia buat derk je. Tiada nur kegembiraan di wajahnya. So to end the suspend, aku tanya lah, "so amacam, dh siap?". Dengan sadis, pilu, kecewa dan sama citarasa dengannya mereka pun tunjuk lah kat aku video tu, penuh dgn tanda seru (!) dalam segi tiga warna kuning. Apa pasal pun aku tak tahu. Simbol tu aku hanya jumpa bila aku dapat connect internet tapi tak boleh nak access or time battery laptop memang dah nak kondem sangat-sangat. Ain hampir putus asa wey, 1st time tengok dia tak bermaya begitu. Sedih. Tapi aku tak puas hati, kesian tengok anak-anak lembik tak bermaya macam tu. So dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku try la play semula video tu. Alhamdulillah, simbol tu hilang ntah la ke mana. Terserlah cahaya keriangan di wajah Ain dan Azreen. Waaah, comel, macam bonda mereka..hahaha.. then the vidoe tu kitorang continue buat sampai lah ke subuh, akhirnya siap jugak. Habis tenaga dah masa tu sebab duk gelak sana, duk gelak sini.
Tu dia behind-the-scene pasal video ni. Owh and ramai yang tertipu part touching tu. Dear Orkid, Bonda tak nangis pun sayang sebab i know, you are a strong girl, like your dear Bonda. Lagipun, nampak kot Bonda tengah cover senyum..hahaha..And siapa cakap bonda x pernah nak ajak Orkid, dah nak ajak then Orkid asyik-asyik sebok dengan assignment. Tapi tak pe, demi anak bangsa dan juga negara, aku tak kesah, asal kan Fari dapat jadi seorang guru yang berjaya. InsyaAllah.
Pasal aktiviti makan breakfast di cafe tu, hmmmm...hahahhaha..Yes Orkid, Bonda pun xleh nak lupakan agenda tu. Tergelak besar bila dengar lelaki kat dalam radio tu tak habis-habis sebut HOOOO OOOO with kelantanese style sampai DJ radio pun ikut skali. Lama kita tak buat kan Orkid. Next time hang out, make sure kita buat, ok?
Well lets see. Rasanya dah takde pape dah kot. Actually kae, ada je nak dihuraikan tapi cukup lah sampai di sini. Nak cerita macam-macam pun, we have our own privacy kan. So my dear Orkid, all the best in whatever you do. Akan ku kirimkan doa untukmu dari jauh..
p/s: Bonda loves Orkid :D
No comments:
Post a Comment