Assalamualaikum...
"Ida, kau kalau tak pakai tudung kan, kau nampak lagi cantik. Seriously aku rasa, orang yang pakai tudung ni nampak macam tua sikit la."
If you were me, what is your respond(s)?
*true story*
For me, perempuan pakai tudung nampak sweet. Nampak cantik dan ayu. Sopan pun ada.
Kenapa?
Sebabnya, bila perempuan pakai tudung, auratnya tertutup. Lebih cantik kalau tudungnya labuh dan tak jarang. Kenapa nak pakai tudung jarang-jarang? Kenapa nak pakai tudung kecik-kecik? Owh, kenapa tak nak pakai tudung? Asset kita tu, tak payah la nak ditunjuk-tunjuk, tak baik tau menunjuk-nunjuk ni. Simpan elok-elok, simpan baik-baik, kalau tak nanti ada orang curi, kan dah rugi.
Pastu kan, kalau pakai tudung, nampak cantik sebab tudung ada macam-macam warna. Nak-nak sekarang ada yang 2 tone, ada yang 3 tone. Getah rambut ada ke macam tu? Hair clip pun tak ada. Kalau ada pun kecik sangat, tak nampak. Boleh je nak colour kan rambut jadi 2 tone, 3 tone, tapi nanti rosak la rambut tu. Kan kan kan? And kalau pakai tudung, boleh letak brooch rama-rama, owh so sweet! Don't you think so?
But somehow until now, I keep wondering, bout what my friend said, betul ke kalau pakai tudung, nampak lebih tua daripada usia kita yang sebenar? Maybe what she meant is, nampak lebih matang kot. Kot la kan. Tapi kan, kalau tak pakai tudung, nanti nampak uban, tak pun kelemumur. Kalau tak ada uban pun, mungkin rambut akan nampak serabai bila ditiup angin. Tak pun, nampak kedutan kat pipi. Kalau kulit belum berkedut pun, nampak la segala jerawat yang ada kat pipi tu. Tapi kalau pakai tudung, uban tak nampak, kelemumur pun tak nampak, rambut tak serabai, jerawat kat pipi yang gebu tu pun tak nampak. Kulit berkedut pun tak perasan sebab dah ditutup sikit dengan tudung. So mana lagi nampak tua/matang? Pakai tudung atau pun tak pakai tudung?
So? Pakailah tudung :)
Persoalannya: Adakah appearance macam ni hanya boleh dilihat pada 4 September, setahun sekali?
Agak malang di situ~
*Main rambut, tengok tudung, tanya iman*
No comments:
Post a Comment