Thursday, 30 August 2012

Sebiji Epal Bertukar Cinta

Assalamualaikum...

Lama Abu Salih bertakafur di pinggir sungai itu. Itulah rutin hariannya. Hati dan jiwanya diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Tiada lain yang sedang difikirkannya ketika itu selain kebesaran Allah. Sememangnya beliau adalah seorang yang begitu warak.

Tiba-tiba matanya terpandang sebiji epal yang sedang terapung-apung di sungai itu. Terus sahaja perutnya terasa lapar. Dari tadi, beliau memang belum lagi mengalas perutnya dengan sebarang makanan. Lalu tanpa berfikir panjang, beliau pun mencapai buah itu dan terus memakannya.

Sedang enak menikmati kelazatan epal itu, tiba-tiba sesuatu terlintas di fikirannya, "Astaghfirullahalazim! Epal itu sudah pasti ada tuannya." Perasaan bersalah serta merta menerpanya. Beliau benar-benar mahu meminta maaf kepada pemiliknya.

Bingkas beliau bangun dan berjalan menyusuri sungai itu. Pada fikirannya, pasti pohon epal itu ada di bahagian hulu sungai itu. Tidak berapa lama kemudian, beliau terlihat sebatang pohon epal yang dahannya berjuntai ke dalam sungai. Abu Salih yakin, itulah pohon epal yang dimakannya itu. Beliau segera berjalan ke arah pohon epal itu. Rasa takut akan kemurkaan Allah dan kemarahan pemilik epal itu kerana telah mengambil sesuatu yang bukan haknya tanpa izin menyebabkan hatinya sangat berdebar-debar. Rasa takut dan bersalah itu membuatkan kakinya semakin laju melangkah sehingga beliau bertemu sebuah rumah di pinggir sungai itu.

"Mungkin ini rumah tuan punya epal ini," fikirnya. Tanpa pengetahuannya, rumah itu dimiliki oleh seorang wali Allah bernama Abdullah.

Beliau segera memberikan salam. Tidak lama kemudian, salamnya berjawab dan beliau dipersilakan masuk ke dalam rumah itu.

"Saya ingin meminta maaf kepada tuan kerana telah makan sebiji epal milik tuan yang hanyut di sungai tadi," Abu Salih terus memulakan bicara.

Abdullah terdiam seketika. Hatinya terdetik, 'Pemuda ini sangat baik.' Lalu Abdullah berkata, "Baiklah, aku akan memaafkanmu. Tapi dengan syarat, kamu perlu tinggal denganku selama 12 tahun dan membantu aku dengan kerja-kerjaku."

Tanpa berfikir panjang, Abu Salih terus bersetuju dengan syarat itu. Sebenarnya Abdullah hanya mahu menguji sejauh mana kejujurannya sewaktu meminta maaf tadi dan sedalam mana ketakwaannya kepada Allah.

Abu Salih pun tinggal di rumah itu selama 12 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau melakukan apa saja kerja yang disuruh oleh Abdullah tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Dalam masa yang sama, beliau tetap meneruskan ibadahnya kepada Allah tanpa culas.

Setelah genap 12 tahun, sekali lagi Abu Salih menemui Abdullah. "Saya memohon maaf sekali lagi atas kesalahan saya memakan epal tuan tanpa izin dulu. Sekarang, saya telah menunaikan janji untuk tinggal di sini selama 12 tahun. Jadi saya minta izin untuk pulang ke kampung saya semula," katanya.

Abdullah terus menjawab, "Aku bersedia memaafkanmu dengan syarat, kamu mesti berkahwin dengan anakku yang cacat. Seluruh panca inderanya hilang. Matanya buta, telinganya pekak, mulutnya bisu dan anggota tubuhnya juga cacat. Jika kau menerima syaratku ini, aku akan memaafkanmu dan mengizinkan kamu pulang ke kampungmu."

Abu Salih terdiam. Syarat pertama untuk tinggal di situ selama 12 tahun telah pun dipenuhi. Tapi beliau masih belum dimaafkan. Sekarang, apakah beliau perlu berkahwin dengan anak Abdullah yang cacat itu semata-mata untuk menuntut sebuah kemaafan dari Abdullah? Kemaafan atas satu kesalahan kecil; makan sebiji epalnya tanpa izinnya? Mahal sungguh harga sebuah kemaafan bagi Abdullah.

Abu Salih serba salah. Hatinya berbisik, hanya kerana sebiji epal, beliau harus menerima hukuman sehingga begitu sekali. Berkahwin dengan seorang gadis yang cacat langsung tidak pernah terlintas di fikirannya. Sedih, hiba, kecewa, semuanya bercampur aduk dalam hatinya. Mengahwini seorang gadis cacat, apakah itu benar-benar takdir jodohnya? Aduh... Adakah ini musibah atau hikmah dari Allah?

Lama beliau terdiam. Abdullah masih menantikan jawapannya.

Akhirnya Abu Salih menjawab, "Jika itulah yang perlu saya lakukan demi menuntut kemaafan dari tuan, baiklah, saya bersetuju."

Abdullah tersenyum lebar. Beliau segera mengatur persiapan nikah antara anak gadisnya yang cacat itu dengan Abu Salih. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan syukur. Akhirnya tanggungjawab menjaga anak gadisnya itu akan diambil alih oleh seorang pemuda yang tawaduk. Beliau yakin Abu Salih tidak akan mengecewakannya.

Selepas pernikahan, Abu Salih menuju ke bilik pengantin untuk menemui isterinya. Hatinya berdebar-debar. Beliau tidak pasti bagaimanakah rupa fizikal isterinya itu kerana tidak pernah melihatnya. Malah beliau sendiri tidak pasti bagaimana beliau harus melayani isterinya kerana kecacatan isterinya itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pengantin, beliau melihat seorang gadis yang sangat cantik sedang menantinya dengan senyuman. Inikah isterinya? Ternyata isterinya tidak buta. Abu Salih pun memberikan salam dan dijawab pula oleh isterinya itu. Sekali lagi Abu Salih terpinga-pinga. Bukankah beliau pekak dan bisu? Bagaimana pula beliau boleh mendengar dan menjawab salamku? Mengapa ayah mertuaku menipu aku? Subhanallah...mungkin inilah ganjaran yang Allah berikan atas kesabaranku selama 12 tahun ini.

Abu Salih segera menemui ayah mertuanya, Abdullah. Setelah memberi salam, beliau terus bertanya, "Wahai ayah, katamu dulu anakmu cacat anggota, pekak, buta dan bisu. Mengapakah ayah menipu saya?"

Abdullah tersenyum. "Isterimu itu memang cacat dari segi kehidupan dunianya. Matanya belum pernah melihat lelaki lain selain muhrimnya iaitu aku. Mulutnya tidak pernah berkata sesuatu yang dusta. Telinganya juga tidak pernah mendengar sesuatu yang nista. Anggota tubuhnya pula tidak pernah melakukan sesuatu dosa. Jadi engkaulah yang selayaknya untuk beliau."

Mendengar penjelasan Abdullah, barulah Abu Salih mampu menarik nafas lega. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah. Ternyata harga sebuah kemaafan itu lebih dari sekadar sebutan di bibir.

Sejak itu, Abu Salih membina kasih cintanya dengan isterinya itu. Cinta di bawah naungan redha Allah.


~Dipetik daripada buku Wangian Syurga Dalam Cintamu~

Wednesday, 29 August 2012

Sky is Not The Limit

Assalamualaikum...

"Sky Is Not The Limit"


This is the phrase, that I hold for so long.

The first time I heard it, when I was form 5, already burnt my spirit.

The spirit of getting a great result in SPM.

A flying color result.

In hope that I can further up my studies in overseas.

Burnt the midnight oil.

I never give up.

Struggling.

Here books, there books.

Notes here, notes there.

The day of examination.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

The result was coming out! Gulp~

Alhamdulillah.

All the hard works finally paid off.

I was so excited and applied many scholarships that offering overseas studies opportunities.

And went to a few interviews.

And received an offer from MARA, to do IB in KMB (Kolej MARA Banting).

But somehow....

On the phone

Daddy: I heard that you received an offer from MARA.

Me: Yup! (excited)

Daddy: On what course?

Me: Biotech. MARA didn't offer biochem, so I just applied for biotech instead.

Daddy: But biotech and biochem are different.

Me: Yeah, I know that. But there are also some common, right?

Daddy: Your aim is to take biochem, so go for it. Don't accept something that you don't have any interest with it just in order to go study abroad, okay?

While holding the phone, I looked up the sky.

*Sigh*

Me: Okay daddy~

Already 2 years.

I thought this dream wont hunt me again.

But then, I have to face the fact.

I tried to ignore, but I couldn't.

Many of my friends, are going to fly, continuing their studies around the world.

Ireland...

Egypt...

London...

US...

India...

Surely deep inside me, I have that jealous and sad feelings.

But then, I asked myself.

Why you want to go study overseas?

Look how many students(your friends) wish to go back to Malaysia once they being there.

Why you want to go study overseas?

So that your family will have more respect on you?

That we call as riak, and that is not good for one's heart. 

Yeah, I don't know why, I don't know whether this only happen in my family or most of the people, but somehow, my family(aunts, uncles, cousins, grandma, grandpa, etc.) always proud of their siblings who further their studies abroad. 

They think that people studying overseas, are so genius and will have a brighter future. And become rich!

*Sigh*

Why you want to go study overseas?

To accept the challenge to live in a foreign country and gain experiences, live independently and increase your maturity?

Well thats good.  That is really good!

Well, I don't really know what is my specific answer.

It is fun to see the other side of the world.

But...

Instead of seeing the other side of the world while doing your studies...

I prefer...

To experience...

Each moments...

Seeing the foreign countries...

With...

...

...

...

...

...




My future husband! Having romantic moments together!

Less homesick they said, because you have your hubby with you they said!

And most of all, no need to bring text books along the trip!





So to my friends, who will fly soon, all the best!

To my juniors who wish to further your studies abroad, go ahead! 

To my friends who didn't get the chance to further your studies in overseas (like me), well cheer up.

You always have your master and Phd.

And also honeymoon! XD

Or work opportunities that requires you to be in foreign countries!

See? Sky still is not the limit.



Saturday, 25 August 2012

The Truth About Girls?

Assalamualaikum...








I don't know whether this is true or not. LOL! XD

Monday, 13 August 2012

Kenangan Manis di Akhir-akhir Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari-hari yang dilalui ketika sahur sangat merumitkan dan mencabar bagi aku dan mak. Hati aku yang kecil lagi comel dan lemah lembut serta penyayang ni tak sampai hati melihat mak aku bangun seawal 4 pagi semata-mata untuk menyiapkan sahur untuk kami sekeluarga. Disebabkan aku lah satu-satunya anak dara yang boleh diharap di dalam rumah ini, aku pun membantulah apa yang patut.

Selesai masak dan menghidangkan makanan di atas meja makan, saat-saat yang dinanti-nantikan pun tiba! Owh yeah!! Apa?? Makan? No, that is not the best part. The best part is mengejutkan adik-adik aku yang sedang lena tidur dengan gaya yang sangat errmmm... yang sangat...hmmmm...my sister dah macam ala-ala catwoman and my brother dah ada gaya spiderman *silagunaimaginasiandasebaikmungkin*

Aku suka kejutkan adik-adik aku ni. Fun kot. Adik lelaki aku, Muhammad, senang je nak kejut. Setiap kali dia bangun, muka dia sangat kelakar and aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk tiru muka adik aku tu sampai dia tergelak. Yeah, celik mata je dah gelak, kan bagus begitu. Mulakan hari anda dengan mood yang ceria. Tapi adik perempuan aku, Mariam, agak berbeza dengan Muhammad. Dia ni kalau nak kejutkan, kena be careful skit. Mula-mula aku kejut dengan sangat lemah lembut. Pijak semut pun tak mati. Dia menggeliat dengan slow motion pulak tu. Then tidur balik. Amboi semek sorang ni. Aku pun kejut lah lagi dengan penuh kasih sayang. Tapi dia wat derk je. I say man! Aku ingatkan dia saja je, berlakon tidur, macam aku masa kecil-kecil dulu, so aku dengan nakalnya cuit-cuit la badan dia. Tak pasal-pasal, kaki dia hinggap kat tangan aku. Aduh!! Agak sakit di situ. Lepas tu aku dah tak berani nak kejutkan dia dengan cara nakal-nakal aku tu lagi.

Apabila semua dah ada kat meja makan, so kitorang pun start la makan. Tapi aku tak suka la semua orang muka monyok je, termasuklah abang aku yang dah besar galah tu. Kita menghadap rezeki, biarlah muka tu ceria, ye dok? So ada la beberapa cara yang aku lakukan untuk menceriakan keadaan. And yeah, it works all the time! No more muka monyok. How I did it? Its a secret..muahahaha! XD

Begitulah apa yang berlaku setiap hari. Mula dengan tolong mak apa yang patut, then kejutkan adik-adik, dapat penyepak free walaupun aku x cuit-cuit adik perempuan aku tu, makan, then buatlah apa yang patut. Every single day macam tu sehingga lah this morning. What happened?

A unicorn came to our house!! yeeehhhaaaa!!



Hahahahaha..no lah. Kisahnya bermula begini~

Sedang kitorang berempat adik-beradik makan di meja 'jepun', mak pun pergilah ke meja yang lebih tinggi. Meja ni selalunya ayah guna untuk buat kerja la. Kat atas meja tu ada sekotak besar Big Apple. Then mak tanya, "Ada lagi ke doughnut dalam ni?". Mak pun bukalah kotak tu. Agak suspend juga lah sebab aku pun nak tahu jugak, ada lagi ke doughnut sebab aku baru makan 1 ketul. Well yeah, nasib baik still ada lagi, ada lagi 3 ketul. Fuuuhh~

Eh wait a sec. Ada lagi 3 ketul? Tiba-tiba je aku teringat doughnut yang aku suka, yang warna purple tu. Aku selalu berebut dengan adik lelaki aku, so aku pun tanya lah, "Muhammad, awak makan ke doughnut warna purple tu?" Muhammad hanya menggeleng. Adakah kemungkinan antara 3 ketul yang berbaki itu, masih ada lagi doughnut yang sangat aku puja-puja itu? Aku pun tanya la kat mak, "Mummy mummy, ada tak doughnut warna purple kat dalam kotak tu?" and mak aku cakap takde.

So where is the purple doughnut? Adakah dalam kotak yang lagi 1?

Doughnut pujaan hati tu yang penjuru atas kanan


Yup, ada 2 kotak besar Big Apple sebab ayah beli 2 dozen doughnut! Agak semput jugak nak habiskan banyak-banyak. So mak pun ke dapur untuk mengambil lagi 1 kotak. And bila mak buka je kotak tu, "Haaa ni ada ni doughnut purple tu". At that time I was like 'owh yes!!' sebab still ada peluang untuk aku makan doughnut tu instead of adik lelaki aku tu. Dah banyak kali aku mengalah dengan dia. Tak kira la dalam apa hal sekali pun. Dari dulu sampai sekarang. So this time aku tak nak mengalah, aku nak juga doughnut pujaan hati tu.

Aku: Muhammad, that doughnut, is mine!

Muhammad: Nooo!!!

Aku: Ah takde takde, awak dah selalu sangat makan yang tu, kakak pulak nak.

Muhammad: Mana boleh, saya suka yang tu.

Aku: Dah kakak pun suka yang tu jugak. Hari tu awak dah makan. Hari tu yang dulu-dulu pun awak dah makan. Kasi la kakak pulak. *muka meraih simpati*

Muhammad: Tak boleh. Saya tak nak kasi kat kakak.

Aiseeehhh muka annoying dia, aku sangat-sangatlah tak tahan. Rasa macam nak sumbat je mercun dalam mulut, lubang hidung and lubang telinga dia. Ish! Tapi, aku tak buat semua tu. Aku kan kakak yang baik lagi penyayang, kalau tak, macam mana gelaran Bonda boleh melekat kat diri aku kan? *perasan*

Memandangkan adik lelaki aku tu tak nak mengalah, aku hanya ada 1 je lagi harapan. Ni je lah satu-satunya harapan yang aku ada.

Aku: Along (sambil pegang tangan abang), tengok Muhammad tu~
Tangan lagi satu aku tunjuk ke arah adik lelaki. Suara penuh dengan kesayuan. Muka penuh dengan kesedihan. Macam budak kecil baru jatuh basikal pun ada. Yeah, bakat berlakon terserlah.

Muhammad: Hey! Along, tengok kakak tu.

Ish budak ni, kacau line betul.

Abang aku hanya mampu termenung dan ternganga. Mujur handsome, kalau tak dah lama aku gelakkan muka abang yang lucu tu. Ya aku tahu, abang susah nak membuat keputusan lagi-lagi pada pagi yang sangat hening. Nak pilih adik kesayangan dia (aku) atau pun his worst enemy (adik lelaki).

Lama jugak abang memikir. Dah tu, lama jugak la aku dan adik lelaki aku menunggu jawapan. Muhammad dah sengh-sengih, maybe dia rasa abang akan pilih dia. Aku pulak, macam dah putus harapan.

Tiba-tiba...

Abang: Kasi kakak la doughnut tu, Muhammad.

OWH YES!! *sekali dengan gaya tangan*

Wooohooooaaa rasa macam menang olympic je. Sungguh, aku terharu. Tak sangka abang akan bela aku. Yelah, adik kesayangan la katakan. Aku tahu muka aku yang penuh kesedihan tadi tu, sangat comel and abang aku cannot resist. Tetapi Muhammad still tak nak mengalah. Ish budak ni.

Muhammad: Siapa yang habis makan dulu, dia lah yang dapat doughnut tu.

Ceh. Talk like a boss. Macam la makanan dia dah nak habis. Makanan dalam pinggan aku tinggal sikit je, 2 suap setengah dah boleh habis. Sure aku yang akan habis makan dulu. So aku pun apa lagi, habis kan makanan aku and ambil doughnut tu sambil gelak-gelak jahat kat adik lelaki aku. End of the story.

So you think you can dance? Eh? E'eh? So you think tu ending untuk kenangan manis yang aku alami sepanjang berpuasa di bulan yang penuh barakah tahun ni? Then you are wrong. Cliche la ending macam tu. Hidup kena penuh dengan kesengalan cabaran dan adventure.

So what actually happened is by the time aku bangun, noted, aku baru je bangun, adik lelaki aku dah litang-pukang pergi berlari ke meja yang lebih tinggi and ambil doughnut tu. Then dia gelak-gelak jahat kat aku. I was like 'NO!' *macam cerita Star Wars*

Aku: Muhammad!!

Muhammad: HAHAHAHAHAHAHA!!

Aku: Along!

Abang: Muhammad!

Muhammad: Kakak!

Maryam: Maryam!

Eh?

Lebih kurang begitu la. Agak riuh. Aku dah terduduk semula. Mak and ayah tak nak masuk campur, hal budak-budak. Sebak rasanya. Sayu sungguh aku. Bertambah sayu bila adik lelaki aku tanpa belas kasihannya pergi ngap doughnut tu.

Patah seribu
Hatiku~
Bila mengenangkan

Then dia ngap lagi, dan lagi, dan lagi.

Pastu dia hulurkan separuh kat aku. Ceh. Bagi yang dah ada bekas gigitan dia. Takpe takpe, siap la kau pasni Muhammad, bisik hatiku. Yes, doa-doa orang yang teraniaya pasti cepat dimakbulkan. Aku pun makanlah baki doughnut tu.

So thats it? No, belum berakhir lagi. Giliran aku pulak nak usik adik lelaki aku.

Apa yang aku buat? Of course la something yang extremely annoying, nakal dan evil! Hidup kan kena penuh dengan kesengalan cabaran dan adventure. So masa aku tengah basuh pinggan-pinggan, Muhammad datang sambil memegang berus gigi kat tangan kanan dia. Apa pasal dia datang dengan berus gigi, aku pun tak tahu. Adakah takdir? Mungkin~

Muhammad ni, dia sangat sayang kat gigi dia. Setiap kali lepas makan, selalunya dia mesti gosok gigi. Gigi dia yang dah tercabut pun dia simpan and gosok jugak skali-skala. Apa ke pelik la perangai. Aku kalau gigi dah tercabut, aku cuci dan tanam je.  Then, an awesome idea hit me! Oucchhh~

Yeah, aku rasa aku lah kakak yang paling jahat time tu. Dalam sink ada kuali yang mak aku guna untuk masak daging. So faham-fahamlah condition kuali tu. Minyak+lemak+air=eyuuuu gross! Mungkin ditakdirkan yang kuali tu ada dalam sink dan mungkin ditakdirkan juga adik lelaki aku datang duk tepi aku sambil tengok aku basuh pinggan sambil memegang berus gigi di tangan kanannya.

Aku pun dengan pantas merampas berus gigi dia dan mengacu-acu kan nak celup berus gigi dia dalam kuali yang agak kotor itu. Seronok. Rasa macam heaven bila adik lelaki aku melolong-lolong merayu supaya...hmmm...nak describe macam tak best. Tapi macam ni lah bunyinya lebih kurang:

Muhammad: Kakak! Tolong jangan! T_T

Dah la buat muka sposen, lagi la aku suka. Ya, aku tahu, aku kakak yang sangat best. Sebab tu adik-adik aku sangat sayang kat aku.

Then adik lelaki aku macam nak rampas balik berus gigi dia. Wey no way! Baru je nak having fun, so aku pun dengan ketinggian yang tak seberapa ni angkat tinggi-tinggi berus gigi dia. And sure dia takkan sampai punya nak ambil. YES!!

Tapi, aku tak sampai hati. Aku ni memang senang nak kesian. Aku kesian tengok adik aku tu, muka-penuh-kesengsaraan-la-konon. So aku pun mengalah (lagi) dan kasi balik berus gigi tu.

Fuuuuhhhh kuuussseeemmmaaannggaaatttt~

Begitulah al-kisah nya. Pagi-pagi dah havoc.

So kisah anda pula, bagaimana?

Monday, 6 August 2012

To Revenge or To Forgive?

Assalamualaikum...

Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Well, it is the spice of life. You learn from your mistakes. Dan disebabkan setiap orang pasti akan melakukan kesilapan, sudah pasti akan ada orang yang terbuat salah kepada kita sama ada sengaja atau tidak, yang akan mengundang perasaan marah, kecewa mahupun sedih kepada diri kita. Agak mustahil sekiranya ada di kalangan kita tidak pernah menghadapi dan melalui situasi sebegini. Betul tak? Or am I wrong?

Dan apakah yang patut kita lakukan apabila berlakunya situasi sebegini? Apakah tindakan sewajarnya yang  kita perlu lakukan lebih-lebih lagi apabila hati kita ni disakiti, dirobek, darah bernanah, hancur berkecai?

*****


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

Disebut dalam hadis di atas bahawasanya orang yang paling mulia pada pandangan Allah adalah orang yang memberi maaf kepada orang yang telah berbuat salah kepadanya, walaupun dia mampu untuk membalas dendam kepada orang tersebut. 

Let your dear Bonda ask you, apa ke faedahnya yang akan korang dapat kalau korang:
1) berdendam?
2) berjaya membalas dendam?
3) memaafkan?

1. Faedah sekiranya berdendam
Takde faedahnya. Kalau you all berdendam, orang tu bukannya tahu pun yang korang sedang berdendam. Korang duk dendam dendam, yang sakitnya, hati kamu juga. Dah la orang tu terbuat salah, hati korang dah sakit, then berdendam pulak, bertambah-tambah sakit. Orang tu relax je tak tahu apa-apa. See? You lose, 0-1. 

2. Faedah sekiranya berjaya membalas dendam
Pun takde faedahnya juga. Wal hal, lagi parah daripada situasi yang pertama tadi. Kenapa? Meh Bonda bagitahu. Sebabnya, apabila korang berjaya membalas dendam, secara tak langsung korang telah melukakan hati orang lain, dan hubungan antara korang berdua akan semakin renggang. Kedua-duanya hati terluka. Mungkin korang rasa fair sebab hati korang sakit and hati orang tu pun sakit, tapi padahalnya tiada istilah fair and square pun, fair and lovely pun tak ada juga. Bukankah Allah SWT telah memerintahkan supaya kita mencintai sesama Muslim, menjaga hubungan baik denganNya dan makhlukNya? Sabda Nabi SAW:

Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia
mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai
dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-
Bukhari, hadis no: 13)


Sorry to say but you lose, again. 0-1.

3. Faedah sekiranya memaafkan
Yang ini, faedahnya banyak. Apabila kita memaafkan kesalahan orang lain, hati kita akan menjadi tenang. Tiada hasutan syaitan yang akan mengganggu ketenteraman hati kita. Tak perlu lah kita sibuk-sibuk fikirkan cara untuk membalas dendam. Masa yang ada boleh kita gunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih berfaedah seperti muhasabah diri, mengubati hati yang terluka atau apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Yang Maha Esa. Orang yang melukakan atau menyakitkan hati kita, bahkan semua orang juga akan menghormati kita. Hubungan juga tidak terjejas. Dan yang paling penting sekali, di padang mahsyar nanti, sekiranya kita ditakdirkan masuk syurga, sedang kita melalui titian sirat, ada hamba Allah yang akan menahan kita semata-mata untuk memohon maaf. Tak pasal-pasal terdelay sekejap kan? Kalau kita awal-awal lagi dah maafkan orang tersebut, kan lebih mudah urusan kita kelak. See, you win!

Dan siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita juga tidak sempurna dan yang hanya layak menghukum adalah Allah SWT?

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Memang kelat dan pahit rasanya apabila diri disakiti ingin memberi kemaafan kepada orang yang menyakiti hati kita. Tapi percayalah, ganjaran bagi orang-orang yang sabar adalah besar. Ganjaran yang paling kecil yang jelas dan nyata adalah, hati kita akan cepat sembuh. Ketenangan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ubat mana yang tak kelat dan tak pahit? Dan kalau tak silap Bonda, orang yang sebenar-benarnya menang adalah orang yang bersabar.

Syair Arab mengatakan, “Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.

Bonda bukanlah orang yang baik mana pun untuk memberi nasihat sebegini rupa, malah nasihat ini juga Bonda tujukan kepada diri sendiri supaya sentiasa menjauhkan diri dari sifat dengki dan dendam dan berusaha untuk memaafkan orang lain.

Semoga Allah sentiasa memelihara iman kita dan menghindari kita daripada berdendam dan sentiasa diperkaya dengan sifat pemaaf, rendah diri, dan sabar.

Back to our question-> Dan apakah yang patut kita lakukan apabila berlakunya situasi sebegini? Apakah tindakan sewajarnya yang  kita perlu lakukan lebih-lebih lagi apabila hati kita ni disakiti, dirobek, darah bernanah, hancur berkecai?

To revenge or to forgive?