Wednesday, 4 April 2012

~Adaptation from a True Story~

Assalamualaikum...

Korang kena dump dengan orang yang tersayang? Orang yang korang sayangi tu curang? Dah la korang ni setia bagai kan, pastu those guys yang tak tahu nak appreciate pengorbanan korang ni sedap-sedap pergi buat test marketing and flirt-flirt dengan perempuan lain kan, budget handsome sangat la. Menyampah betul. hahaha..Dan you girls yang terkapai-kapai bagai layang-layang terputus talinya ni, menangis-nangis bagai nak rak sedangkan that guy tu tengah bersuka ria. Tapi thats normal la if you girls nangis-nangis. Well, siapa yang tak sedih kan. Tapi, sampai bila kan you all nak jadi macam ni. Bukannya korang mati suami pun, just kehilangan seorang insan yang bukan ditakdirkan untuk menjadi suami korang. So girls, please wipe your tears and read this story. It is based on a true story where i think i should share to you girls yang kena dump or yang tak kena dump pun boleh baca juga, hopefully it will give you strength to go on with your life. This story might be a little bit long, tapi kalau novel pun korang sanggup baca, well why not you spend a few minutes to read this inspirational story. Well, enjoy!


Tiupan angin bayu laut yang sepoi-sepoi gedik cukup membuatkan dirinya terjaga dari tidur. Ish, terlupa nak tutup tingkap rupa-rupanya, bisik Raudah dalam hati. Dengan malasnya, digagahkan jua dirinya untuk bangun dan menutup tingkap biliknya. Jam di dinding menunjukkan baru pukul 4.20 pagi. Raudah pun duduk di birai katil lantas membaringkan badannya. Hajat di hati ingin menyambung semula tidurnya, namun puas mata dipejam tetapi tetap tidak terlena. Raudah mengiringkan badannya ke kanan. Tatkala gagal untuk menyambung semula tidurnya yang terganggu, dia seakan-akan sedang mengelamun. Dan lamunannya mengingatkan semula dirinya tentang peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Raudah menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya kembali. Lega. Dirinya tidak lagi seperti dahulu kala. Badannya dipusingkan semula dan matanya dipejam.

* * * * *

Resah. Gelisah. Sampai bila lagi aku harus menipu dan tidak jujur dengannya, Marwan bermonolog sendiri. Dia pasti perkara-perkara yang pernah dia lakukan tidak mungkin dapat dimaafkan, dan dia juga yakin sekiranya dia bersikap jujur dan mengatakan perkara yang sebenar, dirinya pasti akan ditinggalkan. Argghhhh! Dicuba pejamkan mata, namun bayangan gadis itu tetap muncul dalam kotak fikirannya. Bersalah, itulah perasaan yang sering menghantui dirinya. Ditambah pula dengan bayangan gadis tersebut, semakin bertambah keresahan dijiwanya. Raudah, seorang gadis yang hadir dalam hidupnya kira-kira 4 tahun yang lepas, mula mengisi hatinya yang sunyi sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Pengenalannya bersama Raudah bermula apabila mak ciknya, Mak Lehah, yang merupakan jiran kepada Raudah, sering bercerita tentang gadis tersebut memandangkan mereka belajar di sekolah yang sama. Namun demikian, hatinya sudah pun ditawan oleh seorang pelajar perempuan sekolahnya yang tidak diketahui namanya. Marwan hanya meminati pelajar perempuan itu dalam diam sejak pertama kali memandangnya di koperasi sekolah. Wajah bujur sirih, kulit putih kuning langsat, biji matanya berwarna hazel, dan bibirnya bewarna soft pink , cukup menambat hatinya. 

Pada suatu petang yang hening, Marwan bergegas ke rumah Mak Lehah kerana terdapat sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Tatkala dia sedang asyik mencari kelibat Mak Lehah, pandangannya terhenti kepada sebuah rumah bertentangan dengan rumah milik mak ciknya itu. Terkesima! Tidak dia sangka bahawa gadis yang sedang asyik berborak dengan Mak Lehah merupakan pelajar perempuan yang telah meragut jantung hatinya. Apabila terasa dirinya sedang diperhatikan, gadis tersebut bingkas bangun dari tempat duduknya lalu masuk ke dalam rumah. Mak Lehah yang  perasan akan kehadiran anak saudaranya itu, terus meminta diri untuk pulang. "Siapa perempuan tu, Mak Lehah?" soal Marwan. Sambil tersenyum, Mak Lehah pun menjawab, "Itu haaa, Raudah yang Mak Lehah duk cerita-cerita selama ni."

Getaran handset menyebabkan dia terkejut. Keadaan sekeliling masih gelap. Dengan mata yang sedikit kuyu, dia cuba melihat nama yang terpampar pada screen telefon bimbitnya. Marwan! Apa hal dia call pukul 4 pagi ni, Raudah tertanya-tanya.

"Hello Marwan, kenapa ni?" tanya Raudah. Ada sedikit kebimbangan dalam hatinya.
"Raudah, errmmm..saya...saya ada hal nak bagitahu ni. Tapi janji tau jangan marah," balas Marwan sedikit tergagap.
"Hmmmm..Ok."
"Er, Raudah ingat lagi tak masa Bonda awak tak bagi kita keluar date?"
"Aaah, ingat-ingat. Kenapa, Marwan?" bertambah bingung Raudah dibuatnya dengan persoalan itu.
"Lepas dapat tahu Bonda awak tak bagi tu..errmmm..esok nya tu..saya..saya..saya ada ajak seorang perempuan ni keluar".
Tup!
Panggilan terus dimatikan. Terkejut. Sebak mula menyelubungi hatinya. Hati kecilnya yang begitu lembut itu tidak mampu lagi untuk menampung segala apa yang bakal didengarnya. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Raudah menjadi tidak keruan. Apakah semua ini hanya igauan mainan syaitan?

Telefon bimbit bergetar lagi. Raudah cuba menggagahkan dirinya untuk menjawab panggilan itu.

"Ye Marwan, apa alasan awak?" tanya Raudah dengan tegas tanpa berkias-kias sambil menahan sebak di dadanya. Dia yakin bahawasanya setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab disebaliknya.

"Emmm.. Saya sangat frust masa tu. Kita kan dah plan macam-macam pastu, tiba-tiba tak jadi.."
"Owh awak ingat, awak seorang je yang frust? Saya ni, tak frust ke? Dah la malam tu awak marah saya teruk-teruk sebab terlampau tak dapat nak kawal emosi awak tu, then esoknya awak senang-lenang keluar dengan perempuan lain. Awak tak fikir langsung ke perasaan saya ni? Siapa perempuan tu?" pintas Raudah tanpa memberi peluang kepada Marwan untuk menghabiskan ayatnya.

"Dia budak kelas lain. Raudah, please, I'm sorry".
"Apa sorry sorry? Benda ni dah lama, kenapa sekarang baru awak nak bagitahu?"
"Dear, I'm sorry. Bukan tak nak bagitahu, memang nak bagitahu lama dah, tapi saya takut. Tapi saya dah tak nak tipu awak lagi. Sebab tu saya beranikan diri and tell you this."
"Owh, tahu takut, tapi masa buat tu, awak langsung tak takut ye. Macam mana awak boleh keluar dengan dia? Awak ajak ke?"
"A'ah, saya cakap la saya frust semua-semua ni and dia pun like happen to be macam ajak keluar juga."
"Owh bagus sangat la tu. Saling mengajak. Dia single ke?"
"A'ah. Ada lagi sebenarnya."
"Hmmmm?" Raudah sedikit bingung.
"Actually, saya ada juga keluar dengan seorang budak perempuan ni, my classmate..."
Entah kenapa terdapat sedikit perasaan gentar di hati Raudah. Nada Marwan agak lain sedikit kali ini.
"... and kitorang pernah keluar berdua je. A few times la juga."
"Korang keluar pergi mana?"
"Kitorang just keluar jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang."
Raudah tersentap. Dia tidak menyangka lelaki yang selama ini dia sayang dengan sepenuh hati sanggup melakukan perkara sedemikian. Sekadar berjalan-jalan dan makan bersama-sama, dia boleh terima lagi tetapi pergi tengok wayang, itu sudah melampau kerana tempat itu gelap, dan dia duduk berdua dengan perempuan lain.
"Korang pergi wayang tengok cerita apa? tanya Raudah.
"Ala just tengok cerita Inggeris yang ganas-ganas, tembak-tembak."
Cerita ganas-ganas ke, tembak-tembak ke, itu tidak penting bagi Raudah. Yang penting, itu cerita Inggeris dan sudah pasti cerita tersebut ada babak-babak censured dan Marwan menontonnya dengan perempuan lain, di tempat yang sangat gelap.
"Is she single?"
"Yeah she is."
"How did you know that?"
"I asked her whether is it okay if both of us went out together, boyfriend tak marah ke. And then she said, she is single so thats how i know."
"Owh, and did she know that you are engaged?"
"She knew. And she always sent me cute texts. Tapi seriously saya tak layan pun."
"Awak tak layan? Kalau awak tak layan, takkannya awak bersembang dengan dia sampai boleh tanya yang dia tu single ke tak and sampai boleh keluar berkali-kali berdua, kan?"
"Things just happened so fast. And to be honest, saya hampir tercurang. I feel quite lonely."
"Apa? Macam mana awak boleh hampir tercurang? Awak ingat awak sorang je lonely? Saya ni, tak lonely ke?"
"Sebab saya hampir tersuka kat dia."
"Awak hampir tersuka? So in the next few years, boleh ke awak bertahan untuk tak tersuka dia?"
Marwan menghembuskan keluhan berat.
"Entah.."
Sedih. Sememangnya dia tidak menyangka respond seperti itu akan keluar dari mulut jejaka tersebut yang sudah hampir 4 tahun mereka saling mencintai. Raudah hanya mampu mendiamkan dirinya. Terlalu kaku untuk berkata-kata.

"Tapi saya betulkan balik niat saya belajar kat sini. Saya datang belajar kat Melaka bukan untuk bersuka ria, bukan untuk cari pengganti tapi untuk mengejar cita-cita dan impian saya. Awak lah impian saya, sebab tu saya bagitahu semua ini. Raudah.." Marwan mula berbicara setelah kedua-dua mereka berdiam diri seketika.

"Look, let me give you time to think." sampuk Raudah.
"Time? Why would i need time?"
"To choose. You know, somehow, hati awak dah semakin jauh daripada saya. Awak dah hampir tersuka kat perempuan lain. Dan awak mula meragui hati awak sendiri. Awak sendiri tak yakin yang awak akan tetap setia dengan saya dan tak akan tersuka kat perempuan tu lagi. So, I give you time to think, to choose, ask yourself, ask your heart, who do you really want. Ambil lah berapa banyak masa sekalipun, asalkan you make the right decision."

Setelah ganggang telefon diletakkan, jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia bingkas bangun dari birai katilnya, ambil barang mandian  dan terus ke bilik air. Namun, kakinya tersepak pintu lalu jari kelingkir kaki kanannya terluka. Sakit. Menggigil badan Raudah menahan kepedihan di kaki, juga kepedihan di hatinya. Kesakitan perlu ditahan, lepas mandi barulah boleh sapu minyak, Raudah cuba memujuk dirinya.

Setelah selesai mandi dan solat, darah di kakinya masih belum berhenti mengalir. Pelik. Lukanya tak lah dalam atau besar mana pun. Adakah ini satu petanda? Minyak di atas meja dicapainya dan dihulurkan kepada Una, roomatenya di UM. "Una, tolong sapukan minyak ni kat kaki saya boleh?" kata Raudah. Bukannya dia tidak boleh menyapu sendiri, tetapi ketika itu dia sangat memerlukan kekuatan dari sahabatnya itu. Una yang sedang menghadap laptopnya kini berpaling pandangan kepada Raudah. "Eh, kenapa dengan kaki awak ni, Raudah?" tanya Una sambil mengambil minyak yang dihulurkan oleh teman sebiliknya itu. Midar yang juga merupakan teman sebiliknya sedang nyenyak dibuai mimpi indah dan tidak sedar akan perbualan mereka itu. "Hmmmm terlanggar pintu tadi" jawab Raudah tenang, cuba menyembunyikan sepi di hatinya itu.

Setelah minyak disapu, luka masih lagi kelihatan. Raudah terpaksa meletakkan tisu di kakinya sebelum menyarungkan sarung kaki. Setelah selesai bersiap, Raudah turun dari blok asramanya. Dia tahu dirinya tertinggal bas akibat sedikit huru-hara dan kelam-kabut yang telah mengganggu dirinya untuk bersiap pagi itu. Dia tiada pilihan lain melainkan terpaksa berjalan kaki ke kuliah yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Namun dia tidak berseorangan. Rakannya, Noni yang juga tertinggal bas, ada untuk menemaninya berjalan.

"Noni, kenapa kau siap lambat pagi ni?" tanya Raudah bagi memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Pagi tadi, aku nak pakai contact lens aku. Pastu, boleh plak contact lens aku tu terjatuh and aku tak tahu nak cari kat mana. Kelam-kabut aku duk cari-cari contact lens aku tu. Kali ni dah masuk 3 kali dah contact lens aku jatuh. Side yang sama plak tu. Geram aku. Last-last, aku pakai je cermin mata. Tapi power cermin mata aku ni rendah sikit, so aku kurang nampak la."

Ketika dalam kuliah, Raudah tidak mampu untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang pensyarah sedang mengajar. Kata-kata Marwan tadi terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya. "...esok nya tu..saya..saya..saya ada ajak seorang perempuan ni keluar", "...saya hampir tersuka dia". Raudah memejamkan matanya. Dibukanya semula dan didapati matanya kini sudah mula berkaca-kaca. Dia menghantar sms kepada sahabatnya, Ain yang sememangnya merupakan tempayannya, tempat dia mengadu kasih untuk meluahkan segala perasaan.

"Salam Ain, ko blh on9 x mlm ni? Aku tgh sedih ni.."

Lama dia menunggu Ain untuk membalas sms nya itu. Setelah hampir 15 minit, Raudah menerima balasan sms. 

"Salam Raudah, ok2 mlm nnt aku on9.. asal Raudah? ko ok ke x ni?"

Dia tidak mampu lagi menahan sebak di dada. Titisan air mata mula mengalir jatuh ke pipinya yang gebu itu. Namun Raudah cuba mengawal emosinya, tidak mahu rakan yang duduk di sebelahnya menyedari keadaannya itu. Dia hanya membalas dengan memberitahu bahawa dia akan cerita segalanya malam nanti.

Setelah selesai pensyarah mengajar, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu quiz. Walaupun agak sukar bagi Raudah untuk menumpukan perhatian ketika menjawab soalan quiz itu, tetapi alhamdulillah soalannya tidak lah susah dan dia boleh menjawab kesemuanya dengan lancar.

Harinya berlalu dengan begitu lambat. Ketika di lab dan sedang melukis-lukis pelbagai jenis specimen, Raudah tidak sabar untuk balik dan pergi ke perpustakaan. Setelah berakhirnya sesi lab, Raudah bingkas menuju ke perpustakaan. Sebelum melintas jalan, dia sudah memandang ke kanan dan ke kiri untuk memastikan dirinya selamat untuk melintas namun ketika dia sedang melintas, Raudah hampir terlanggar dengan sebuah lori merah yang dipandu laju. Nasib baik dirinya tidak kaku dan berjalan dengan lebih laju lagi. Setelah selesai melintas jalan, Raudah tertanya-tanya kepada dirinya sendiri. Harinya serba-serbi tidak kena. Bermula dengan kakinya berdarah, kemudian tertinggal bas dan kini hampir-hampir terlanggar lori. Apakah semua ini petunjuk atau kebetulan?

Malam itu, Raudah hanya makan sedikit. Semua kawan-kawannya berasa hairan kerana dia terkenal dengan badan yang kecil tetapi memiliki selera makan yang besar. Baju saiz s, tapi perut saiz xxl, itulah bahan jenaka yang sering diberikan. Sudah kenyang, itulah jawapan yang mampu diberikan hakikatnya setiap suapan nasi ke dalam mulutnya tidak mampu untuk ditelan. Seleranya tiada walaupun lauk malam itu sangat menyelerakan. Selesai makan, dia bersiap-siap untuk menghadiri meeting ringkas mengenai Program Pesta Angpau yang dianjurkan oleh kolej asramanya. Ketika meeting, Marwan menghantar sms kepada Raudah lalu mengganggu tumpuannya terhadap meeting tersebut.

"Will u leave me?"
"I'll leave u if u choose her..do u already decide?"
"Sure u'll leave me.."
"Yeah i will if u choose her.."
"Can i call u?"
"I have a meeting..just msg..whats ur answer?"
"U always there for me but she is here with me.. and she is just like u"
"She is just like me??what so similar bout us?"
"Dia garang, sama mcm awak.."
"What? so u choosing her instead of me?"
"I love u both..i can't choose.."
"No, u have to choose or i just simply leave u.."
"I can't..i love u both..can i have both?"
"What??!!no way!!"
"Raudah, please..."

Hatinya kini sememangnya pada tahap kritikal. Air mata sudah hampir tidak mampu untuk ditahan lagi daripada mengalir. Raudah terpaksa meninggalkan mesyuaratnya dengan memberi alasan kepada pengurus program itu bahawa dirinya kurang sihat. Mukanya sedikit pucat akibat kurang makan membuatkan pengurusnya percaya dan mengizinkan dia pulang awal. Namun Raudah tidak pulang terus ke bilik sebab dia tahu roomate-roomate nya ada di dalam bilik. Dia tidak mahu bertengkar dan menangis di hadapan teman-teman biliknya itu. Raudah pun mengambil keputusan untuk duduk di bawah sebuah pondok berhampiran dengan blok asramanya. Dia menghantar sms kepada Marwan supaya menelefonnya dan settle kan hal itu pada malam itu juga. Beberapa lama kemudian, telefon bimbitnya bergetar dan panggilan tersebut dijawabnya.

Bunyi alarm dari handphone telah membuatkan dirinya terjaga dari tidur. Deringan itu dimatikannya. Dia termenung seketika. Cuba diingatkan semula akan peristiwa yang berlaku malam semalam. Sungguh, walaupun beribu kali dia mengharap bahawa semuanya merupakan mimpi buruk, igauan syaitan, namun hakikatnya segala yang berlaku adalah realiti. Matanya yang sedikit bengkak cuba dibukanya dengan lebih luas untuk melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas. Perbualan antara dia dan Bondanya semalam masih segar dalam ingatan.

"Raudah, cuba cakap slow-slow sikit, Bonda tak faham," Mak Syidah menjadi resah apabila mendengar suara anaknya dalam talian itu. Segala apa yang diperkatakan oleh anak daranya yang seorang itu kedengaran tidak jelas.

"Bonda, Marwan curang..!" kini esakkan Raudah menjadi semakin kuat. Kata-katanya terhenti. Dia tidak mampu lagi untuk bertahan. Air mata mengalir laju dari matanya jatuh ke pipi. Raudah yang pada ketika itu sedang duduk, terus membaringkan dirinya di atas katil sambil sebelah tangan menutup separuh mukanya dengan bantal dan sebelah lagi memegang telefon bimbitnya. Dia terasa badannya begitu lemah.

"Apa dia dah buat?" tanya Mak Syidah lagi.

Raudah berhenti mengelamun dan bangun dari tempat tidurnya dan bersiap-siap untuk ke kelas. Setelah selesai mandi dan solat, Raudah menyarung tudung dan stokin kemudian dia cepat-cepat turun dari blok asramanya, takut kalau-kalau dirinya akan tertinggal bas.

Ketika di dalam bas, Raudah menyandarkan dirinya dan memejam mata. Dia menghembuskan nafas yang telah ditarik dalam-dalam. Dia buka mata dan melihat langit dan awan dari tingkap bas. Butiran-butiran air mata kian terbentuk di matanya.




"Marwan suka kat perempuan lain, Bonda. Dan dia tak tahu nak pilih yang mana satu. Dia tanya, 'can i have both?'" kata Raudah sambil mengesat air matanya dan menahan sebak dan esak agar kata-katanya jelas di pendengaran ibunya itu.
"Amboi, apa dia ingat dia tu handsome sangat?!"

"Raudah suruh dia pilih, or else Raudah yang akan tinggalkan dia. Tapi dia still berkeras, tak nak pilih and cakap 'I can't choose and you don't dare to leave me. This is my final decision'. Even time tu Raudah tengah nangis, dia buat tak tahu je. Ingat kan dia boleh la berubah fikiran ke bila dengar Raudah nangis, tapi tak. Then Raudah terus letak phone. Dia ada gak hantar message tapi cakap benda yang sama je. Oh Bonda, kenapa dia buat semua ni? Apa salah Raudah? Raudah setia, Bonda. Raudah tak pernah keluar berdua dengan lelaki lain, cakap dengan lelaki pun hal-hal penting je." tangisan Raudah semakin menjadi-jadi.

"Raudah, Raudah seorang yang baik. Terlampau setia. This really shouldn't happen to you. You are too young to experience all this. Dengar cakap Bonda, everything happen for a reason or mybe reasons. Try to think positively. Maybe lepas ni, dia dah tak call Raudah, so dari situ, Raudah dapat kurangkan dosa sebab bersembang benda-benda yang lagha dengan lelaki kan dosa. Bonda sebenarnya tak suka dia asyik-asyik call Raudah, lewat malam." Mak Syidah turut menagis, mengenangkan nasib anaknya itu.

"Tapi Bonda, Raudah sayang sangat kat Marwan. Kenapa mesti dia buat semua ni? Raudah selalu doa, minta hubungan kitorang kekal, tapi kenapa semua ni berlaku juga?"

"Memanglah sekarang Raudah cakap Raudah sayang kat dia, sebab Raudah just nampak dia je sekarang ni. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang jauh lebih baik, tapi Raudah yang tak nak buka mata tu, tak nak buka hati tu. Memanglah Raudah dah berdoa, tapi Allah knows what best. Maybe that is not the best for you."

"Raudah sedih sangat-sangat, Bonda."
"Kenapa Raudah nak sedih sangat-sangat ni? You'll get someone else which is far more better than him, that deserves your heart."
"Raudah sedih.. Sebab Raudah pernah bagi hati Raudah ni kat lelaki yang salah. Raudah rasa serba salah kat bakal suami Raudah, sebab tak simpan and jaga hati Raudah elok-elok. Bonda, tolong Raudah. Raudah tak tahu nak buat apa lagi."
"Okay, listen, lepas ni kalau dia ada call, jangan angkat. Kalau dia ada message, jangan balas. Kalau boleh jangan baca pun sebab takut nanti Raudah akan rasa macam nak balas jugak message dia. Dapat je message, terus delete."
"Hmmmm. Bonda call la dia."
"Bonda nak call dia cakap apa?"
"Bonda, dia dah buat anak Bonda yang Bonda sayang sangat-sangat ni menangis macam orang sasau, Bonda cakap la apa-apa yang patut, yang penting Raudah nak dia rasa menyesal seumur hidup."
"I'll think of something. Raudah ada nak pesan apa-apa tak?"
"Just cakap, I hope he will be happy with that girl. But if anything happen between them, jangan tebal muka cari Raudah smula."

Bas berhenti. Raudah keluar dari bas dan terus ke kuliahnya.

Hari-hari yang berlalu Rudah tempuh dengan tabah. Ada kalanya dia akan bersama-sama rakannya untuk melekakan dirinya daripada dibelenggu kesedihan. Ada kalanya Raudah akan menyendiri, untuk mencari ketenangan. Namun, adakalanya, apabila hatinya tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri, Raudah akan menangis. Penat. Terasa sangat penat untuk berpura-pura bagaikan tiada apa yang telah berlaku. Sebelum tidur, kenangan lalu pasti akan bermain-main dalam kotak fikirannya dan Raudah akan menangis sampailah dia terlelap. Teman-teman biliknya sudah lali dengan perkara itu. Mereka seakan-akan memahami apa yang dirasakan oleh Raudah dan tidak bertanya sebarang soalan, kerana sekiranya soalan ditujukan, sudah pasti akan menambahkan kesedihan di hati Raudah.

Namun dalam Raudah cuba mengharungi hari-hari yang berlalu, ada sahaja dugaan yang akan menimpa dirinya. Marwan tidak putus-putus menghantar sms kepadanya, memujuk rayu supaya Raudah kembali kepadanya semula. Raudah cuba untuk tidak membalas walaupun satu sms yang diterimanya, tetapi dia inginkan penjelasan. Tindakan Marwan sering menjadi tanda tanya dan dia tidak mahu persoalan-persoalan tersebut menghantui dirinya. Raudah pun mengambil keputusan untuk menghantar sms kepada Marwan, lantas melanggar perjanjian yang telah dilakukan bersama Bondanya. Lagi dibalas, lagi menyakitkan hatinya. Raudah kian keliru. Marwan tidak mahu mengaku kesalahan dirinya lanta pelbagai alasan yang diberikan. Katanya, malam itu, dia tidak sedar akan apa yang diperkatakan. Dirinya sakit dan sering ternampak kelibat-kelibat. Pelbagai alasan lagi yang diberikan oleh Marwan seolah-olah cuba memutar belitkan cerita. Walaupun kebanyakannya sukar untuk diterima dek logik akal, namun kerana masih ada rasa sayang yang sangat mendalam, Raudah seolah-olah buta dan percaya segala apa yang diperkatakan oleh Marwan. Apabila diceritakan kepada Bondanya, seperti yang dijangka, Bondanya tidak percaya langsung dan sukar untuk menerima segala alasan yang diberikan oleh Marwan. Walaupun Raudah cuba untuk membela Marwan, namun Bondanya tetap dengan pendiriannya. Perkara yang sama juga berlaku apabila diceritakan kepada Ain.



Akhirnya, Raudah cuba untuk memaafkan Marwan dan menerimanya semula. Dia yakin bahawa masih ada lagi sinar harapan agar hubungannya yang terjalin selama 4 tahun yang lalu bersama Marwan dapat diselamatkan dan akan kekal.

Namun, Raudah tidak dapat lari daripada teringat akan segala apa yang telah berlaku. Apabila Marwan cuba untuk bermesra-mesra bersamanya, dia pasti akan teringat peristiwa pahit itu. Dirinya pasti akan membayangkan Marwan bersama perempuan tersebut ketika berdua-duaan di dalam panggung wayang yang gelap. Kata-kata Marwan yang dia  tidak mampu untuk memilih antara Raudah dan perempuan tersebut akan terngiang-ngiang di telinganya. Hal ini menyebabkan Raudah terus jadi tiada mood. Dia akan memerli, dan ada kalanya dia akan mengungkit, dan akan diakhiri dengan tangisan.

Pada suatu hari, Marwan tidak mampu untuk menahan sabarnya lagi. Dia melepaskan segala rasa marah yang terkumpul dalam benak hatinya kepada Raudah. Raudah seolah-olah tidak lagi mengenali diri Marwan. Dia mula menjadi fed up dengan sikap Marwan. Hatinya terasa sangat-sangat terluka apabila Marwan mengatakan bahawa dia selama ini hanya berlakon untuk bersikap sabar apabila bersama Raudah namun pada hakikatnya dirinya adalah seorang yang panas baran, ego tinggi dan akan meragam apabila keinginannya tidak tercapai. Setelah puas Raudah dimarahi, Marwan mula mengatakan bahawa semuanya adalah bohong belaka. Dia bukan lah panas baran, ego tinggi, dia hanya bergurau dengan Raudah. Katanya, itu hanyalah shock therapy  untuk menghilangkan trauma yang dirasakan oleh Raudah kerana gadis itu selalu menyatakan bahawa dirinya masih lagi trauma akan apa yang telah berlaku. Raudah mula berasa keliru. Terasa dirinya tertipu bertubi-tubi. Dia tidak tahu lagi yang mana 1 yang betul. Dia tidak tahu yang mana 1 dia harus percaya kerana dia sudah tidak lagi mengenali diri Marwan.

Akhirnya Raudah membuat keputusan. Dia tidak mahu lagi terseksa. Inilah balasannya kerana melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama Bonda. Dirinya kian disakiti. Hatinya dimain-main pula. Dia tahu sudah sampai masanya dia menjaga hatinya sendiri.

"What? Apa yang awak cakap ni?"
"Marwan, kalau ada jodoh, ada la, kalau tak ada, tak ada la. Jodoh tak akan ke mana, kan?"
"Kalau awak dah tak sayang saya lagi, cakap je la!"
"Bukannya tak sayang, tapi..."
"Tapi apa? Kalau ada jodoh, ada la, kalau tak ada, tak ada la. Tu, budak kecik pun tahu lah apa maksudnya."
"Yelah, tapi tak bermaksud tak sayang. Kita merancang macam mana sekali pun, kalau dah tak ada jodoh, tak akan menjadi juga kan?"
"Arrrggghhhh!! Alasan je tu. Saya tahu, awak dah tak sayang saya lagi, kan?"
"Saya cuma nak fokus belajar je sekarang ni."
"Dah, saya tak nak dengar apa-apa lagi. Awak dah tak sayang saya."
"Bukan tak sayang, tapi..."
"Dah, cukup!"
"Marwan..."
"Cukup! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. Saya nak putus kan hubungan kita ni."
Tersentap.
Marwan mula menangis. Raudah terkesima. Kedua-duanya berdiam diri. Talian dimatikan.


"Bonda, Raudah tak boleh nak lupakan dia."
"Sayang, kenapa ni? Raudah yang Bonda kenal, seorang yang happy-go-lucky, ceria, tabah, mana ada sedih-sedih macam ni. You are not yourself. You are totally different. Where is my Raudah, full of laughter, that brings happiness to others, who is the sunshine of the house?"

"Bonda, semua orang nampak jelas. Bonda dan kawan-kawan Raudah, semuanya boleh nampak yang alasan yang Marwan bagi tu, tak boleh diterima logik, semua orang boleh sense yang ada something wrong with him, with us. Tapi kenapa Raudah tak nampak? Sampai sekarang pun Raudah tak nampak semua tu. Bonda please, Raudah nak semuanya jelas, Raudah nak nampak macam orang lain nampak. Raudah tak nak sedih-sedih macam ni, Raudah rasa tersiksa. I want to be back like I'm used to be. Be as happy as I can. Raudah tak suka apa yang Raudah rasa sekarang. Bonda, tolonglah Raudah. Doa lah Raudah akan cepat recover." Raudah berkata-kata sambil tersedu-sedan, menangis.

"Ya, Bonda tahu. Bonda selalu doa. Tapi please, dengar cakap Bonda kali ni kalau Raudah betul-betul nak cepat recover. Please, jangan sesekali contact budak tu lagi. Kalau Raudah dengar cakap Bonda ni, InsyaAllah, Allah akan tolong."


"Ya Allah, bukakanlah mataku agar aku dapat melihat dengan jelas, akan apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku, agar aku dapat menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana tipu, yang mana bohong, dan mana yang benar. Ya Allah, jodohkanlah aku dengan hambaMu yang sangat menyayangiMu, yang akan mencintaiku kerana Mu, yang dapat membimbing aku ke jalan yang lurus, yang dapat menegur kesalahanku, yang dapat aku jadikan contoh, yang dapat membawa ku ke syurgaMu, yang dapat memimpin keluarga kami ke jalan yang Kau redhai..." Inilah antara doa yang sering Raudah baca sehingga menitiskan air matanya setiap kali selesai solat.

Adakalanya dia akan membaca surah Ar-Radh, kerana dengan membaca surah ini, insyaAllah, Allah akan memberi petunjuk. Dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit, dia mula nampak bahawa dirinya tidak sesuai bersama Marwan. Apabila dia teringat kenangan lalu, dia mula merasakan mereka tidak sepadan. Dia mula nampak ciri-ciri yang ada pada Marwan yang Bondanya tidak berkenan. Dan, dia mula merasakan segala alasan yang diberikan oleh Marwan, sememangnya tidak boleh diterima langsung. Dia mula menyoal dirinya sendiri, mengapa dia boleh termakan dengan pujuk rayu Marwan dahulu.

Raudah juga ada mengambil segala kata-kata yang boleh membakar semangatnya agar terus tabah yang dijumpainya dia dalam facebook. Kata-kata itu dicopy-paste kan pada sticky notes di dalam laptopnya. Setiap kali dia membuka laptop, dia akan membaca kesemuanya.

Raudah juga cuba menyebukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti. Dia nekad, dia tidak mahu lagi bersedih. Dia sentiasa mengingatkan dirinya supaya menjaga hatinya, menjaga segala pergaulannya, menjaga akhlaknya, menjaga agamanya kerana dia selalu membuat mind set bahawa bakal suaminya juga sedang melakukan perkara yang sama.  Dia sangat yakin akan janji Allah, perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik. Dia akan tersenyum apabila membayangkan sekiranya bakal suaminya sedang menjaga hatinya dan akan memberikan hatinya hanya pada Raudah seorang sahaja apabila sampai pada masanya.

Hari-hari yang dilalui kemudiannya penuh dengan senyuman. Raudah mula lupa akan Marwan. Sebelum tidur, dia tidak lagi teringat akan kenangannya bersama jejaka itu. Raudah sering mengucap syukurnya kehadrat Illahi kerana dia kini sudah tidak sedih lagi. Sudah tiada lagi tangisan yang akan menemaninya ketika dia hendak tidur.



So girls, see, if Raudah can do it, you also can do it! Well, for sure bukannya senang untuk melupakan orang yang kita sayangi, tetapi tak mustahil kan? If he leaves you, then you deserve someone else better, that is for sure, no doubt bout it. So jangan sesekali you dumped girls menyalahkan takdir, sebab apa yang berlaku ada hikmahnya dan akan mematangkan you all jugak. Life has to go on whether you like it or not.



 And please dear girls, jangan asyik-asyik nak mengharapkan that guy akan datang kat you balik. Even if he does come back, korang nak ke kat diorang semula? Boleh percaya ke yang diorang tak akan tinggalkan you all? Tengoklah apa yang jadi kat Raudah tu, walaupun Marwan tak tinggalkan dia, tapi Marwan tak mampu nak jaga hati Raudah, in fact, lagi menyakitkan hati Raudah ada la.



 So why not, stop looking at your past, open up your heart for there will be someone who is desperately wanna make you happy.



And, sekiranya lah, dalam kalangan yang membaca entry Bonda ni adalaha seorang lelaki or perempuan yang dump partner dia disebabkan terkejar-kejar nak kat orang lain macam korang ni budget hot and handsome sangat sampai nak buat test marketing, and tiba-tiba rasa menyesal and nak kat korang punya ex semula, nah!





If you girls manage to recover macam Raudah, setinggi-tinggi ucapan tahniah Bonda ucapkan cause it is not an easy job, but you did it!





No comments:

Post a Comment