Tuesday, 26 June 2012

Diskriminasi Mr.G and so call Miss P

Assalamualaikum...

Ever wonder who the hack Mr.G is? Handsome sangat ke? And who is that lovely Miss P? Well let Bonda introduce them to you. The handsome Mr.G is a guitar actually, and that so call feminine Miss P is a piano. Kenapa Bonda membangkitkan isu antara mereka berdua? Well not because of they being gossiped or what so ever, but mind set people yang suka mendiskriminasikan antara guitar dan juga piano.

Kalau korang perhatikan, aku label kan guitar ni sebagai lelaki with the Mr. and piano pulak macam anak dara la with Miss. Ada sebabnya kenapa aku label kan diorang ni dengan jantina sebegitu., bukan saja-saja suka, gatal-gatal nak bantai je okay.

Diskriminasi yang sering aku dengar, tak tau la kalau korang pun dengar benda yang sama ke tak, or either you have the same mind set as others, tapi selalunya orang akan cakap gutarist ni macam kasar sikit characternya and pianist plak macam waaahhh...segala kelembutan dewa dewi dia la yang rangkul. Owh puhhleeeaasseee laa... Please stop the discrimination. Tak caya? Owh tak caya ye ada orang berfikiran macam ni. Takpe takpe, ace korang dengar kisah Bonda ni haa...

Pada suatu hari yang hening, tengah-tengah stress study, tiba-tiba aku terfikir pasal cuti. Yelah, time stress memang akan fikir pasal cuti je lah, tak pun fikir pasal nak kawen je kan..hahahaha..Ok that is not the point. Sedang-sedang aku brangan pasal cuti, aku pun tertanya-tanya la, apa aku nak buat kat rumah? Cuti tiga bulan tu beb, berkarat kot otak kalau duk goyang kaki je kat rumah. So aku pun terfikir la, why not belajar main guitar. Then i tell all my friends, and you know what, semua buat muka pelik. What?? Apa diriku yang comel lagi innocent ini tak layak untuk main guitar ke? Apakah mereka meragui kelembutan aku ni? Ye aku tahu sifat keibuan and perasaan kasih sayang aku ni melimpah ruah tapi takkan la sampai aku cakap nak main guitar pun mesti buat muka pelik. Kalau muka terkejut tu, boleh la nak diterima, tapi ni muka pelik. And agak comel jugak bila tengok mereka-mereka ini bermuka pelik.


Then ada la this one time aku tengah packing-packing barang nak balik cuti, tiba-tiba ada lah kawan aku ni datang masuk bilik. Dia terkejut ada guitar kat dalam bilik aku. "Wey Ida, guitar siapa ni?" that friend of mine ask. Aku pun dengan muka macam muka bangga, jawab la, "Rasa-rasanya siapa punya?" sambil tersengih-sengih. And ada ke patut dia cakap guitar tu roomate aku yang punya sebab aku ada roomate yang join palapes. Perrrggghhh!! Fuuuuhhhh kkkuuussssseeeeemmmaaannggggaaattttt!!Sabar je la hati ni. Now giliran aku pulak buat muka pelik. Dengan selambernya cuba sedaya-upaya menyorokkan muka kecewa ni, aku pun cakap la, "Guitar tu aku punya la wey." And she was shocked. Yup, she was. *sigh*

"Aku tak caya lah" pulak, kan dia dah cakap macam tu. Memang tu la yang aku tunggu-tunggu kan. "Kenapa pulak kau tak caya? Memang guitar tu aku punya lah." Dia pun cakap la, "Kalau guitar ni Una (le roomate) yang punya aku percaya la jugak, tapi kau?" Ayoyo. Then aku ambil la guitar aku yang sangat aku sayang sepenuh jiwa hati tu, and mainkan la lagu untuk dia. Baru lah dia percaya.

See kids? Kesian Mr.G. Takkan la orang kasar-kasar je boleh pegang Mr.G, dia pun nak jugak orang lembut-lembut macam Bonda ni membelai-belai dia, ye dok? And mostly aku tengok orang yang main guitar ni, tak kira la lelaki ke perempuan, semuanya aku tengok okay je. Tak nampak kasar pun. Tak nampak pun macam rockest tahap gaban. Contoh simple, tengok la Taylor Swift, ayu je, lembut, macam princess pulak tu. Dah la cantik. Tak ada pun nampak ganas or kasar kan? Kalau lelaki pulak, aku ada la kenal dengan sorang ni, very close to me,  pandai main guitar tapi tengok cerita Ombak Rindu, menangis kot..hahaha (you know who you are ^^). And seriously, aku tengok kat youtube, orang yang main guitar, tak kira la apa jenis guitar sekali pun, classic ke, acoustic ke, electrical ke, just a few la nampak ganas and kasar but most of them, lembut (not pondan) je. Let me introduce you the famous amous Sungha Jung. Korang boleh tengok dia main guitar kat youtube, and korang nilai la sendiri character dia macam mana.

Kalau kes Miss P pulak, i have to admit la memang mostly orang yang berjiwa lembut and penyayang yang main piano. Tapi ada jugak rockest main piano okay~ Ada lah pemain piano sorang ni (lelaki), tak ingatlah nama dia, tapi dia agak famous jugak and aku rasa korang mesti kenal dia. Dia ni main piano memang bapak la laju. Rock kot appearance dia tapi main piano. And orang-orang yang ganas and kasar ni, selalunya orang akan pandang pelik kalau mereka-mereka ini main piano. Contoh simple, kita tengok lelaki la, kalau dia main piano, lagu meleler air mata macam Sonata Musim Salju (Winter Sonata) mesti ada yang mengata "eiii lelaki tu macam pondan la". Why people why? Tak semestinya wey. Tengok Greyson Chance, piano nampak ganas, nyanyi pun lagu yang rancak-rancak guna piano dia tu. Tak pun kumpulan hard core seperti Avenged Sevenfold, MCR, One Republic (not so hard core) and macam-macam la lagi, sangat menitikberatkan bunyi piano berbanding bunyi guitar dalam lagu-lagu diorang

And yang agak mengecewakan aku tentang pemikiran manusia yang seringkali stereotype is apabila bagi mereka, lelaki yang main guitar is macho and charming kononnya while perempuan yang main piano ni berjiwa lembut mengalahkan Puteri Gunung Ledang. Then, mind set diorang, kalau perempuan main guitar ni berjiwa memberontak, have social problem sebab kononnya dia sorang perempuan dikelilingi lelaki main guitar sama-sama, duduk tak bersimpuh siuh and macam-macam bad thoughts la. Hey, aku main guitar, even though tak pro, tapi aku still duduk bersimpuh siuh tau sampai Puteri Gunung Ledang pun segan bila bandingkan cara dia duduk and cara aku duduk and Putera Gunung Tahan pun cair tau tengok ciri-ciri wanita melayu terakhir yang ada kat aku. Okay dah start mengarut.

Tapi kan, mostly orang yang main guitar akan ada rasa nak main piano and vice versa. Yup, no kidding. Sebab guitar and piano tak jauh sangat pun bezanya. So apabila seseorang itu pandai main kedua-duanya, and you with your stereotype mind set nak classify kan character orang ni dalam group mana? Kasar or lembut? See, no difference. Character, jiwa, and personality, tak menjadi main influence bagi seseorang itu untuk menceburkan diri dalam bermain guitar or piano. Yang penting is minat right?

Monday, 25 June 2012

Kejujuran Menemukan Cinta

Assalamualaikum...

Dah lama dah nak tulis entry ini. Entry ini berkisahkan tentang ceramah yang pernah aku hadiri bersemperna dengan sambutan awal muharam. Cerita ini telah menyentuh jiwa dan raga aku yang kental yet fragile, so after habis je ceramah tu, aku balik bilik and call my Bonda sebab everything, i share with her, ye lah, my one and only girlfiriend. While having sweet talking ewww ewww with Bonda dengan suara yang sangat manja, aku pun cerita lah al kisah yang berbunyi begini :

Pada zaman dahulu terdapat sebuah perkampungan Islam di mana penduduknya terdiri daripada masyarakat yang jahil dari segi pelajaran mahupun agama. Tidak ramai yang reti mengaji, apatah lagi menunaikan solat dengan sempurna. Bagi mengubah nasib dan keadaan mereka yang berserba serbi jahil itu, sistem pendidikan mula dititikberatkan. Para ilmu ulama telah diserap masuk ke dalam perkampungan ini untuk dijadikan sebagai tok guru bagi mengajar segala ilmu agama yang perlu diketahui oleh penduduk kampung ini. Maka ramailah anak-anak muda yang dihantar oleh ibu bapanya untuk menuntut ilmu agama.

Dan dalam kalangan anak-anak muda ini, terdapat seorang pemuda (A bukan nama sebenar) yang memiliki minda yang sangat cerdas. Segala apa yang diajar kepadanya, sangat mudah untuk difahami dan diingati. Dialah pelajar yang paling cemerlang daripada pelajar-pelajar yang lain. A juga terkenal dengan budi pekertinya yang luhur, berdisiplin dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan seorang yang rajin beribadat.


Setelah beberapa tahun menuntut ilmu agama, kini tibalah masa untuk A melanjutkan pelajarannya ke luar negara iaitu di Mesir. Disebabkan A berasal dari keluarga yang sangat miskin, semua penduduk di kampung itu bersepakat untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan oleh A. Masakan tidak? A merupakan orang yang pertama di perkampungan itu untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara. "Awak tak perlu risau pasal duit-duit ni, awak cuma perlu belajar je, ye? Awak lah harapan kami, jadi bila dah habis menuntut ilmu kat sana, jangan lupa untuk pulang semula ke sini dan ajarlah kami segala ilmu yang awak akan perolehi nanti,"pesan penduduk-penduduk kampung tersebut.


Perjalanan pada zaman itu tidak lain tidak bukan hanyalah menaiki kapal yang mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke Mesir dari perkampungan tersebut. Di Mesir, A menuntut ilmu dengan sangat tekun. Tiada apa lagi yang perlu difikirkannya melainkan hanya belajar. Amanah yang dipikulnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas. Setiap bulan A akan menerima kiriman wang untuk dibuat belanja.


Pada suatu hari, duit belanja A semakin sedikit. "Ah tak mengapalah, tidak lama lagi pasti wang belanja aku akan sampai," kata A di dalam hatinya. A pun mulalah berjimat cermat untuk memastikan wang belanja yang masih ada ini mencukupi sementara menunggu kiriman wang dari penduduk kampungnya. Namun demikian, seminggu sudah berlalu tetapi wang masih belum diterima. "Mungkin terdapat sedikit masalah di kampung halamanku. Hmmm tidak mengapa, aku akan berpuasa sahaja". Setelah seminggu A berpuasa, duit belanja masih belum sampai lagi sedangkan duit yang sedia ada sudah hampir habis digunakan. "Tidak mengapa, aku akan berpuasa lagi dan berbuka dengan hanya meneguk air," kata A tanpa ada sebarang keluhan. Dia tidak mahu untuk meminjam wang dari rakan-rakannya, dikhuatiri akan menyusahkan mereka. Lantas, A teruskan puasanya tanpa mengabaikan pelajarannya.


Sebulan sudah berlalu namun kiriman wang belanja dari kampung halaman masih lagi tidak diterima. A semakin lemah tidak berdaya kerana kekurangan zat. Pelajaran pun kian terganggu. Setelah sekian lama bertahan, akhirnya A mengambil keputusan untuk mencari saki-baki makanan yang terdapat di dalam tong sampah. Namun dia hanya mencari sekadar untuk mengalas perutnya. Setiap hari, A akan mencari bungkusan yang terdapat sisa-sisa makanan yang telah dibuang orang ke dalam tong sampah. Jika ada rezekinya, maka adalah sedikit makanan yang boleh dijadikan santapan untuk mengalas perutnya.


Pada suatu petang yang hening, seperti biasa A mencari sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Dia terjumpa sebuah bungkusan namun tidak diperiksanya apakah yang terdapat di dalamnya. Setelah pulang ke rumahnya, alangkah terkejutnya pemuda tersebut apabila mendapati terdapat sekalung rantai berbatukan jed hijau. Pada kira-kiranya, rantai tersebut memiliki nilai yang sangat bermutu dan pastinya mahal harganya. Tiba-tiba terdengar bisikan yang menghasut dirinya, "jikalau kau menjual atau memajak gadaikan rantai ini, pastinya kau akan membawa balik dengan sejumlah wang yang banyak dan kau tidak perlu berlapar dan mencari makanan di dalam tong sampah lagi". A cepat-cepat beristighfar, sungguh, pada saat beginilah syaitan akan merebutkan peluang untuk memperdayakan dirinya. A cepat-cepat menadah tangan lantas berdoa, "Ya Allah, perliharalah imanku. Lindungilah aku daripada tipu daya hasutan syaitan".


Mengenangkan nasib pemilik kepada rantai itu yang berkemungkinan besar sedang dalam keadaan sedih dan bimbang bercampur baur, A pun menyimpan rantai itu dengan selamat. "Rantai ini perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Akan aku pergi lagi esok ke tempat aku menjumpai kalung ini, mana lah tahu kalau-kalau tuannya mencari kalungnya yang telah hilang," A bermonolog sendirian. 


Keesokkan harinya, A menuju ke tempat terletaknya tong sampah di mana dia menjumpai bungkusan yang terkandungnya sekalung rantai. Tiba-tiba, dia ternampak kelibat seorang lelaki yang telah menjelang usia senjanya sedang mengkuis-kuis di dalam tong sampah tersebut, seolah-olah sedang mencari barang yang hilang. "Apakah kemungkinan lelaki tua ini lah pemilik kepada rantai ini? Jika ku ajukan soalan, pastinya dia akan mengaku rantai ini miliknya. Manakan tidak? Semua orang yang melihat barangan mahal pasti sahaja akan menipu dan mengaku miliknya. Aku harus periksa lagi esok hari".


Seperti yang dirancang, A sekali lagi pergi ke tempat kejadian. Dan sekali lagi dia ternampak akan lelaki tua yang sama. Lelaki tua itu kelihatan sangat sedih, masih lagi sedang mencari-cari sesuatu. Terdetik di hati A bahawa lelaki tua inilah pemilik rantai itu. Namun A masih tidak berpuas lagi. "Akan aku datang periksa lagi esok. Sekiranya lelaki tua ini masih lagi datang ke sini mencari sesuatu, barulah aku akan menanyakan soalan mengenai rantai ini kepadanya."


Sekali lagi A pergi ke tempat kejadian. Dan lelaki tua itu masih lagi kelihatan di situ. Kini, A yakin, bahawa lelaki tua ini pastilah sedang mencari-cari rantainya yang hilang. Dia pun memulakan langkahnya menuju ke arah lelaki tua itu. A menghampiri lelaki tua itu lalu berkata, "Pak cik, saya telah memerhatikan perilaku pak cik selama tiga hari berturut-turut dan pada pemerhatian saya, pak cik seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu. Apakah yang sedang pak cik cari-cari itu?" Lelaki tua itu memandang ke arah anak muda di hadapannya. Terdapat kesayuan di wajah warga emas itu. "Pak cik sedang mencari sesuatu yang sangat bernilai buat diri pak cik, nak. Beberapa hari yang lalu, pak cik telah membuang satu bungkusan di kawasan ini dan tidaklah pak cik menyangka bahawa di dalam bungkusan yang pada sangkaan pak cik hanyalah bungkusan kosong, terdapat barang yang sangat pak cik jaga selama bertahun-tahun."


Walaupun pak cik itu tidak menyatakan apakah barang tersebut, A sudah boleh menekanya. Memang sah pak cik ini pemilik kepada rantai tersebut. Sambil tersenyum, A mengeluarkan bungkusan di dalam poket seluarnya lalu menghulurkan kepada lelaki tua tersebut. "Inikah bungkusan yang pak cik buang tempoh hari?" tanya A dengan begitu lembut dan sopan. Pak cik itu mendongakkan kepalanya memandang wajah A yang penuh dengan seri dan bercahaya. Pandangannya beralih pula kepada bungkusan yang dihulurkan. Alangkah gembiranya raut wajah pak cik itu. "Ya Allah, ye nak, ni lah bungkusannya." Pak cik tersebut mengambil lalu membuka bungkusan itu dan apabila dia terlihat akan sekalung rantai di dalamnya, cepat-cepat pak cik itu mengucapkan syukurnya ke hadrat Ilahi. 


"Terima kasih, nak. Rantai ini merupakan milik arwah isteri pak cik yang sangat pak cik cintai, dan inilah satu-satunya peninggalannya yang masih pak cik simpan sampai sekarang. Sebab tu lah, nak, pak cik tidak berputus asa mencari rantai ini." Pak cik tersebut terlalu terhutang budi atas jasa A yang memulangkan semula rantai tersebut. Baginya A merupakan seorang yang sangat jujur dan amanah kerana sangkanya sesiapa sahaja yang menjumpai rantai tersebut pastinya akan mengambil kesempatan dan menjualnya untuk kepentingan diri sendiri. Lantas pak cik itu mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak dan menghulurkannya kepada pemuda di hadapannya itu. "Ambil lah nak."

A terkejut melihat sejumlah wang yang sangat banyak dihulurkan oleh pak cik itu. Memang benar dia sedang kesempitan wang namun sungguh, dia melakukan semua ini lillahi taala, tidak lain tidak bukan hanya lah kerana Allah SWT. "Demi Allah, saya melakukan semua ini dengan ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Pak cik simpanlah duit pak cik itu" kata A, senyuman masih lagi mekar di bibirnya. Lelaki tua itu terkejut. Belum pernah lagi dia menjumpai seseorang yang sangat luhur budi pekertinya, yang sangat sopan tutur katanya, lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja pada zaman tersebut. Walaupun berkali-kali pak cik tersebut menghulurkan wang tersebut, namun tetap ditolak oleh A dengan sopan. Lelaki tua itu cukup tersentuh. "Sila lah ambil wahai orang muda, sesungguhnya akan terluka hati pak cik ini sekiranya anak tidak menerima hadiah daripada pak cik atas jasa anak ini."

Setelah ditolak berkali-kali, akhirnya lelaki tua itu terpaksa mengambil tindakan yang drastik. Dia tidak akan sekali-kali membiarkan dirinya meninggalkan anak muda di hadapannya tanpa sebarang ganjaran. Lalu dia mencampakkan kalung rantai yang ada dalam genggamannya itu sampai pecahlah batu jed tersebut kepada 2 bahagian. A yang menyaksikan perbuatan itu berasa sangat terkejut. "Kamu memang merupakan seorang yang memiliki budi pekerti yang baik. Belum pernah lagi pak cik menemui orang sejujur kamu. Semoga Allah SWT akan membalas segala jasamu dengan setimpal," kata lelaki tua tersebut kepada A dan berlalu pergi, meninggalkan separuh bahagian batu jed di tanah, dan membawa bersama kalung rantai yang masih lagi terlekat separuh bahagian batu jed tersebut di dalam genggamannya. A hanya mampu melihat lelaki tua itu berlalu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada batu jed yang berada di atas tanah lalu mengutipnya.

Beberapa tahun sudah berlalu. Pengajiannya di Mesir kini sudah tamat. Tibalah saat untuk A pulang ke kampung halaman, menaburkan baktinya kepada mereka yang berjasa. Sungguh dia sangat rindu kan perkampungannya. Segala barang dikemas, tiada satu pun yang tertinggal. Seperti biasa, perjalanan pulangnya adalah dengan menaiki kapal. Dengan kuasa Allah Yang Maha Perkasa, dalam perjalanan pulang, kapal yang dinaiki A telah dipukul ombak yang sangat kuat ketika hujan lebat pada suatu malam yang tragis. Kapal tersebut akhirnya karam dan ramai yang mati kelemasan. Namun, Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, telah menghanyutkan A ke sebuah pulau. Penduduk di pulau tersebut telah menjumpai A yang sedang terbaring di persisiran pantai, dalam keadaan yang tidak menyedarkan dirinya. Lantas mereka mengangkat A ke kawasan perkampungan untuk dirawat setelah mendapati A masih lagi hidup.

Dan dengan izin Allah, A pun terselamat. Sepanjang tempoh rawatannya di perkampungan itu, dia dapati, penduduk-penduduk di situ sangat baik. Mereka melayan A lebih dari seorang tetamu, malahan A tidak berasa langsung bahawa dirinya sebagai orang asing. Dia merasakan dirinya sangat dialu-alukan di perkampungan itu dan berasa seolah-olah dia merupakan antara ahli keluarga di situ. Namun yang agak mengecewakan A, penduduk di kampung tersebut menganut agam Islam, namun tidak mengamalkan sebarang ajarannya. Menurut penduduk di situ, mereka kian leka dengan kemewahan yang dikecapi sehingga semakin lalai dan runtuh iman mereka kerena leka akan nikmat duniawi. Lama kelamaan, mereka kian lupa cara untuk solat dan sebagainya. A turut bersimpati atas nasib penduduk di perkampungan itu. Sesungguhnya, keinsafan itu penting dan apabila mereka mula menyesali, semuanya terlambat kerana mereka tidak mampu untuk membantu antara satu sama yang lain. Kerana terasa terhutang budi dan juga merasa bahawa dirinya telah ditakdirkan tersasar di pulau tersebut untuk menabur bakti atas kuasa yang Maha Esa, A mengambil keputusan untuk mengajar penduduk di situ segala ilmu yang dia miliki. Perjalanan untuk pulang ke kampung asal terpaksa ditangguhnya.

Tahun berganti tahun. Akhirnya seluruh penduduk di kampung tersebut kini sudah reti untuk melakukan amal ibadat dengan sempurna. Walaupun dia menyayangi perkampungan itu, tetapi rindunya terhadap kampung halaman kian memuncak-muncak. A pun menyuarakan hasratnya untuk pulang ke tempat asal. Semua penduduk kampung tersebut enggan melepaskan A kerana mereka begitu sayangkan pemuda itu. Namun mereka terpaksa akur. Setelah perbincangan dijalankan, akhirnya mereka bersetuju untuk membenarkan A pulang tetapi dengan syarat, A mesti menikahi salah seorang daripada kalangan penduduk tersebut untuk mengelakkan daripada terputusnya hubungan antara mereka. A pun bersetuju. Mereka pun menikahkan A dengan seorang wanita yang terkenal kerana kesuciannya, ketinggian akhlaknya yang terpelihara, ilmunya yang tinggi, dan memiliki wajah yang sangat jelita.

Di dalam bilik, buat pertama kalinya A melihat isterinya, dia sudah terpukau dengan kecantikan isterinya itu. MasyaAllah, sungguh cantik lagi indah ciptaanMu di hadapanku ini. Isterinya hanya mampu tersenyum sambil merah mukanya menahan malu apabila A memandangnya tanpa kelip. Kemudian, isterinya menanggalkan tudungnya. Alangkah terkejutnya A apabila mendapati terdapat sekalung rantai yang pernah dia lihat suatu ketika dahulu tergantung di leher isterinya. Untuk memastikan kesahihannya, A memanggil isterinya. "Sayang, meh sini kejap, duduk tepi abang." Isterinya hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Apabila A melihat dengan lebih dekat dan teliti, dia cepat-cepat mencapai beg pakaiannya. Isterinya melihat dengan kehairanan. Akhirnya A mengeluarkan serpihan batu jed yang pernah ditinggalkan oleh seorang lelaki tua yang ditemuinya di Mesir dahulu kala.

A pun menyantumkan serpihan itu pada separuh lagi bahagiannya yang melekat di kalung tersebut. Sememangnya berpadanan. "Dengan nama Allah, wahai isteri abang yang sangat abang cintai, jujurlah dengan abang, dari manakah sayang memperoleh rantai ini?" soal A. Si isteri melihat suaminya sambil tersenyum lalu berkata, " Arwah ayah telah memberikannya kepada saya sebelum arwah meninggal dunia. Rantai ini merupakan peninggalan ibu, yang telah pergi menghadap Ilahi lebih awal daripada arwah ayah. Arwah ayah sangat menjaga kalung ini. Setiap tahun, ayah akan ke Mekah  untuk menziarah perkuburan ibu yang telah dikebumikan di situ sambil melakukan tawaf. Pada suatu hari, di Mesir sebelum ayah ke Mekah, ayah telah terbuang rantai ini secara tidak sengaja di dalam sebuah bungkusan. Setelah tiga hari ayah mencari tanpa mengenal erti jemu, tanpa mengenal makna berputus asa, akhirnya terdapat seorang pemuda yang sangat baik hati lagi jujur telah memulangkan rantai ini kepada ayah. Namun pemuda tersebut telah menolak wang yang dihulurkan oleh ayah sebagai ganjaran untuk membalas jasa pemuda tersebut. Ayah yang berasa sangat terhutang budi akhirnya mencampakkan rantai ini sehingga terbahagi dua batunya. Lantas ayah pergi melakukan tawaf dan telah berdoa, "Ya Allah, jodohkanlah satu-satunya anak gadisku dengan pemuda yang telah memulangkan rantai ini kepadaku ya Allah. Sesungguhnya belum pernah aku menjumpai seseorang yang sangat baik hatinya dan ingin benar aku jadikan dia sebagai menantuku". Dan dengan kuasa Allah, Dia telah menemukan kita. Dan abanglah orang yang arwah ayah selalu sebut-sebut kan kepada saya".

A seolah-olah tidak mempercayai apa yang baru sahaja didengarinya itu. MasyaAllah, sungguh besar kuasaMu ya Allah. Mereka akhirnya hidup bahagia bersama-sama dan A membawa isterinya pulang ke kampung halaman A.

Alhamdulillah. Demikianlah cerita yang sangat menyentuh jiwa ragaku. Benar, kuasa Allah, siapa dapat tandingi? ^^






Saturday, 23 June 2012

Doa Cinta Nabi Daud a.s

Assalamualaikum...

Ya Allah
Aku mohon cintaMu
dan cinta insan yang mencintaiMu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepadaMu

Ya Allah
Jadikan cintaMu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku
dan air yang dingin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku seperti apa
yang Engkau cintai

Ya Allah
Jadikanlah aku mencintaiMu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku
demi keredhaanMu

(At Tirmizi)

Dalam doa Nabi Daud a.s. ada disebutkan 4 perkara iaitu :

* Cinta Allah SWT
Pada awal-awal doa, Nabi Daud a.s. telah memohon cinta Allah. Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta daripada Allah SWT. Apa gunanya jikalau kita dicintai oleh ramai manusia namun Allah SWT membenci kita? Apakah cinta manusia dapat menjamin cinta Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani lebih-lebih lagi jika bersandarkan hawa nafsu semata-mata? Sudah tentu hidup kita tidak akan aman kerana tiada keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dan apa lah gunanya kita mengharapkan cinta daripada manusia sedangkan cinta daripada Allah SWT tidak kita dahulukan? Bukankah Allah SWT, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi ini lah yang akan menanamkan perasaan cinta dalam diri manusia kepada kita justeru apa yang perlu dikhuatiri mengenai cinta manusia?

 “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)


* Cinta orang-orang yang mencintai Allah SWT 
Selepas memohon cinta Allah SWT, Nabi Daud a.s. memohon cinta orang-orang yang mencintai Allah, kerana orang-orang ini sudah pastinya dari kalangan mereka yang beriman, yang tidak sama sekali akan menyekutukan Allah SWT. Hal ini dapat membantu mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah SWT.

* Tunjukkan perbuatan-perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
Nabi Daud a.s. sangat mengkhuatiri jikalau terdapat sebarang perbuatan atau pekerjaan yang dilakukannya akan mendatang murka kepada Allah SWT. Beliau bukan sahaja rajin melakukan amal ibadat malah memohon agar Allah SWT menunjukkan kepadanya perbuatan-perbuatan yang dapat dan boleh mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Hal ini telah menjadikan beliau sebagai seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah kepada Allah sehingga diakui oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

* Memohon agar cintanya kepada Allah lebih daripada cintanya kepada dirinya sendiri, keluarganya dan air dingin
Air dingin yang dinyatakan merupakan simbolik bagi kenikmatan, kesenangan hidup di dunia yang bersifat sementara dan dapat melalaikan dan menggoda manusia agar menjadi alpa.


Demikianlah doa Nabi Daud a.s. yang terkandungnya sifat pengorbanan. Apakah doa kita seperti ini? Tepuk dada tanya iman.


Renung-renungkan dan selamat beramal~