Monday, 8 July 2013

Randomly #2: 1437276

Assalamualaikum...





Masa semakin suntuk.
"Stesen berikutnya, Cheras. Next station, Cheras."
"Tinggal satu stesen je lagi" katanya.

Sayu.

Aku melihat dia. Mencuri setiap bait di wajahnya untuk aku rindui nanti.

"Stesen berikutnya, Salak Selatan. Next station, Salak Selatan."
Dia kelihatan resah. Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan, tapi tak terluah dek kata-kata. Dia mengalihkan pandangannya ke bawah, mengumpul segala kekuatan mungkin.

"Stesen berikutnya, Bandar Tasik Selatan. Next station, Bandar Tasik Selatan."
Dia melihat aku. Mata bertentangan. Dia tetap kelihatan resah.
Aku tersenyum, lalu berkata dengan nada bergurau "Ye, nak cakap apa?". Niat di hati cuba untuk menceriakan keadaan yang semakin terasa kesayuannya.

Dia tersenyum, namun masih kelihatan resah.

"Bandar Tasik Selatan."

"Saya pergi dulu", katanya.
"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawabku.

Pintu train terbuka. Dia mula melangkah keluar. Aku hanya mampu memerhati.

Di luar, dia menoleh ke arah aku yang berada di dalam train. Aku cuba menggigihkan diri untuk terus tersenyum.

Tet! Tet! Tet!
Siren berbunyi, tanda pintu train akan ditutup tidak lama lagi.

Aku melambaikan tangan.

Tiba-tiba...



Dia menggerakkan mulutnya, mengucapkan kalimah itu.

Aku tersenyum, tersipu. Wajahku mula bertukar menjadi pink. Walaupun hanya mulutnya sahaja yang bergerak, namun tetap kedengaran jelas di hatiku.
Saat itu, masa seolah-olah terhenti seketika.

Pause.

Pintu train pun tutup~

Train mula bergerak. Kelibatnya semakin hilang dari penglihatanku.

Dan kini, rindu dan angau menyelubungi diri.




Guitar ku petik, mengikut irama rentak hati